defragmentation | nyahfragmentasi | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses mengoptimumkan cakera keras biasanya dengan menggunakan atur cara yang menggabungkan semua serpihan daripada fail yang sama dari beberapa lokasi ke satu lokasi. Ini mempercepat proses mencapai dan mendapat semula fail tersebut. |
cyber-hip | siberhip | Teknologi Maklumat | Tiada | Keadaan mengoptimumkan penggunaan perkhidmatan Internet. |
decision strategy | strategi keputusan | Pentadbiran | Tiada | Strategi yang diambil untuk mengoptimumkan keputusan. |
whole-of-society effort | usaha menyeluruh masyarakat | Umum | Tiada | Usaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan barisan hadapan yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu memutuskan rantaian COVID-19. |
benefit function | fungsi faedah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nama model ekonomi yang mengoptimumkan faedah atau kebaikan sesuatu proses. |
profit function | fungsi keuntungan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nama model ekonomi yang mengoptimumkan keuntungan sesuatu proses. |
cost function | fungsi kos | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nama model ekonomi yang mengoptimumkan kos sesuatu proses. |
minimum evolution | evolusi minimum | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah taabiran filogenetik untuk mengoptimumkan pepohon genetik berdasarkan jarak matrik dengan melihat kepada jumlah panjang cabang yang minimum. |
visitor use planning | perancangan guna pelawat | Pelancongan | Tiada | Perancangan sesuatu kawasan yang mengoptimumkan kepuasan pelawat tanpa menjejaskan alam sekitar. |
visual merchandise | dagangan visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Produk atau perkhidmatan yang dijual dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut. |