Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[me.ngun.ju.ngi] | مڠونجوڠي

Definisi : mendatangi utk melihat­-lihat (tempat dll) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi: pelancong-pelancong yg ~ bandar tersebut tertarik dgn keindahannya; lama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.ju.ngi] | مڠونجوڠي

Definisi : mendatangi sesuatu tempat utk melihat-lihat atau utk menemui orang; menziarahi: Tiap-tiap hari tidak putus-putus orang ~ Muzium Negara. Lama benar saya tidak ~ saudara-mara saya di kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
window shoppingtinjau kedaiKesenianTiadaMengunjungi atau melihat-lihat pakaian atau perhiasan di kedai.
showroomingtinjau bilik pameranUmumTiadaAmalan mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian.
showroomerpeninjau bilik pameranUmumTiadaPembeli yang mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian.
webroomingtinjau bilik pameran mayaUmumTiadaAmalan mengunjungi kedai dalam talian untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai fizikal.
architectural excursionlawatan seni binaKesenianSeni BinaAktiviti mengunjungi sesuatu tempat yang mempunyai objek seni bina untuk kajian yang lebih mendalam. Aktiviti ini biasanya digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang seni bina.
domestic excursionistpelawat harian domestikPelanconganTiadaPelawat tempatan yang mengunjungi sesuatu pusat pelancongan kurang daripada 24 jam dan tidak menginap.
kinship motivatorpenggerak pertalian keluargaPelanconganTiadaPendorong yang menggalakkan seseorang supaya saling mengunjungi saudara-mara dan mengenali antara satu sama lain untuk mengeratkan tali persaudaraan.
virtual libraryperpustakaan mayaTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan perpustakaan yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mengunjungi perpustakaan secara maya (tanpa perlu ke perpustakaan). Sistem ini direka bentuk dengan menggunakan teknologi realiti maya. Perkhidmatan perpustakaan ini terdiri daripada gabungan perpustakaan digital dan elektronik. Perpustakaan maya yang dicapai menerusi internet adalah manifestasi sebuah perpustakaan sebenar dengan menawarkan perkhidmatan yang sama dengan perpustakaan elektronik. Lihat juga perpustakaan elektronik dan perpustakaan digital.

hard touristpelancong utamaPelanconganTiadaPelancong yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang kerap dilakukan pelancong lain atau mengunjungi tempat yang kerap dilawati pelancong lain.
12

Kembali ke atas