Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن

Definisi : 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن

Definisi : 1 mem­buat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن

Definisi : meluruskan (kedua-dua belah kaki) ketika duduk atau berbaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengunjurkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
to projectmengunjurkanKejuruteraanTiadaTiada
planetariumplanetariumMatematikTiada1. Alat optik yang dapat mengunjurkan langit waktu malam buatan di dalam kubah tetap dan menunjukkan kedudukan matahari, bulan, planet, bintang dan sebagainya dan pergerakan sebenar atau pergerakan ketaranya.
projectorprojektor; pengunjurKejuruteraanTiada1. Alat yang direka bentuk untuk mengunjurkan suara atau imej.,2. Penghantar akustik dalam air.
epidiascopeepidiaskopFizikOptikSistem unjuran optik yang mudah dilaras untuk mengunjurkan objek legap atau lut sinar ke layar.
polyconic projectionunjuran polikonMatematikTiadaGambaran yang mewakili sebahagian daripada permukaan bumi dengan mengunjurkan pada satu siri kon tangen pada berbagai-bagai selarian.
osteocyteosteositPerubatanTiadaOsteoblas yang dikelilingi oleh matriks tulang yang terkalsium. Sel ini mengunjurkan beberapa banyak cuaran yang melalui kanalikulus tulang, berhubungan dengan cuaran osteosit yang lain.
urban planningperancangan bandarPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha bagi menyediakan rangka atau kaedah untuk mencapai matlamat pembangunan di bandar dalam tempoh tertentu. Perancangan ini merupakan satu cadangan untuk merencana serta menyusun atur sesebuah bandar dan cara cadangan itu boleh dicapai. Perancangan bandar dianggap sebagai matlamat yang mengunjurkan keadaan bandar pada masa akan datang supaya dapat memaju atau mengembangkan tindakan yang bakal diambil untuk memenuhi keadaan yang diunjurkan itu. Oleh sebab bandar adalah tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan yang dijalankan, maka satu perancangan rapi perlu diambil khususnya dalam konteks pemesatan sesebuah bandar tersebut. Contohnya ialah pelan induk pembangunan sesebuah bandar disediakan mengikut tempoh masa tertentu sebelum dilaksanakan dan dipamerkan untuk pemerhatian umum.


Kembali ke atas