Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.nyah] | مڠوڽه

Definisi : 1. melumatkan (meng­hancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi se­belum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan; 2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki me­nyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.nyah] | مڠوڽه

Definisi : menghancurkan makanan dlm mulut dgn gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kunyah
Kata Terbitan : mengunyah, terkunyah, kunyahan,

Peribahasa

Belum bergigi hendak mengunyah.

Bermaksud :

Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lip-chewing habittabiat mengunyah bibirPergigianTiadaKeadaan parafungsi menggigit bibir secara sedar atau tidak tanpa fungsi tertentu yang menyebabkan kecederaan pada bibir. Keadaan ini mungkin dikaitkan dengan psikologi pesakit untuk menarik perhatian dengan mencederakan dirinya sendiri. Tabiat mengunyah bibir sukar dihalang kerana sumber rangsangan iaitu bibir dikawal oleh pesakit.
lip chewing habitkebiasaan mengunyah bibirPerubatanTiadaTiada
masticationpengunyahanBiologiFisiologiProses mengunyah dengan gigi hingga makanan menjadi kecil atau hancur.
masticatorykunyahanPerubatanTiada1. Berkenaan dengan aktiviti mengunyah. 2. Bahan yang dikunyah untuk menambahkan penghasilan air liur.
chewing movementgerakan pengunyahanPerubatanTiadaPergerakan mandibel semasa mengunyah.
maxillamaksilaBiologiEntomologiPasangan kedua rahang pada serangga mengunyah.
bicuspidsgigi pramolarPergigianTiadaGigi yang mempunyai dua kuspa dan berfungsi untuk mengunyah makanan. Terdapat lapan gigi jenis ini iaitu empat di rahang atas dan empat di rahang bawah pada kegigian kekal. Ia juga dikenali sebagai gigi geraham kecil.
occlusal surfacepermukaan oklusiPergigianTiadaPermukaan atas gigi posterior yang digunakan semasa mengunyah. Permukaan ini mempunyai alur, liang dan kuspa. Dalam jangka masa panjang, biasanya kuspa permukaan ini akan terhaus akibat pengunyahan atau geseran antara gigi.
toothgigi)PerubatanTiada1. Gigi: Struktur keras, terkalsifikasi di cuaran mandibel dan maksila untuk mengunyah makanan.
mouthfeelrasa mulutMakanan dan PemakananMakananCiri sensori yang terhasil di dalam mulut semasa mengunyah makanan. Rasa mulut dipengaruhi oleh sifat makanan seperti kelikatan, pembusaan, perisa dan kandungan lemak.
12

Kembali ke atas