أهلية التصرف | kelayakan mengurus | Agama Islam | Fiqh | Seseorang yang berkelayakan untuk mengurus dan membelanjakan haknya. |
administrative agency | agensi pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan atau organisasi yang diwujudkan untuk melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Agensi ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu agensi pusat dan agensi mengurus. Agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensi mengurus. Contoh agensi pusat ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), manakala agensi mengurus ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS). Agensi mengurus pula berperanan melaksanakan perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan dalam melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Bagi memastikan agensi mengurus bertindak dengan cekap dan berkesan, maka agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa keperluan dalam mengawasi perjalanan agensi tersebut. |
Internet server | pelayan Internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Pelayan dalam sistem rangkaian Internet yang mengurus pelbagai sumber. Contohnya, pelayan web yang mengurus laman web. Pelayan Internet yang lain termasuklah pelayan e-mel, pelayan FTP, pelayan IRC, pelayan senarai dan pelayan perisian kumpulan. |
leadership | kepimpinan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu. Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan kerangka dasar organisasi. Dalam organisasi terdapat tiga tingkat kepimpinan iaitu, kepimpinan pengurusan tingkat tertinggi, tingkat menengah dan tingkat bawahan. Kepimpinan tingkat tertinggi dikenali sebagai kumpulan pengurusan dan profesional manakala kepimpinan peringkat menengah pula dikenali sebagai kumpulan sokongan. Sementara itu kumpulan tingkat rendah pula terlibat dalam pengurusan penyeliaan. |
records management | pengurusan rekod | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Peringkat kerja di dalam pemprosesan maklumat yang mengurus, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat yang tersedia. 2. Cara sesebuah organisasi mengurus rekod dan surat-menyuratnya. |
operating system | sistem pengendalian | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang mengurus dan mengawal fungsi dan sumber komputer. Sistem pengendalian bertindak sebagai antara muka di antara pengguna dan perkakasan komputer. Sistem ini bertanggungjawab ke atas pelaksanaan atur cara aplikasi, mengawal input/output, mengurus sumber dan menyelaras fungsian komputer dan perkakasan/persisian yang disambung. Contohnya Windows, Mac OS, Linux dan Unix. |
supply management | pengurusan bekalan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Tindakan untuk mengenal pasti, memperoleh dan mengurus sumber penting bagi operasi sesebuah organisasi. Tujuan utama pengurusan bekalan adalah untuk mengawal kos, mengekalkan kelestarian, membekalkan sumber yang cekap, mengurus risiko dan mengumpul maklumat yang berkesan bagi menghasilkan keputusan yang strategik. |
content management system | sistem pengurusan kandungan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem yang digunakan untuk mengurus kandungan dalam tapak Web. Ia biasanya terdiri daripada dua unsur, iaitu aplikasi pengurusan kandungan (CMA) dan aplikasi pengagihan kandungan (CDA). Antara fungsi CMS adalah untuk menerbitkan bahan berasaskan Web, mengurus format dokumen, mengawal semakan, mengindeks, mencari dan mencapai kembali. |
managing the risk | mengurus risiko | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan atasan untuk mengenalpasti apakah bentuk masalah, konflik atau isu yang dihadapi oleh organisasi. Biasanya pelbagai kaedah digunakan oleh majikan untuk mengurangkan tekanan atau beban organisasi. Analisis SWOT (Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) biasanya menjadi amalan pihak pengurusan atasan dalam mengurus risiko. Contoh risiko yang biasa berlaku dalam organisasi ialah hubungan yang tidak baik di kalangan pekerja, majikan – pekerja, disiplin kakitangan, produktiviti lemah, ancaman persekitaran luaran organisasi seperti kedudukan ekonomi negara, persaingan, keadaan politik dan sebagainya. |
operating expenditure | perbelanjaan mengurus | Pentadbiran | Tiada | Tiada |