risk analysis | analisis risiko | Pentadbiran | Tiada | 1. Kaedah yang menilai kesan risiko terhadap situasi pembuatan keputusan. |
single twitch stimulation | rangsangan sentak tunggal | Perubatan | Tiada | Teknik untuk menilai darjah sekatan neuromuskular semasa anestesia umum menggunakan relaksan otot dengan stimulasi berfrekuensi 0.1 Hz hingga 1.0 Hz. Teknik ini biasanya dilakukan pada saraf superfisial seperti saraf ulnar di bahagian pergelangan tangan. |
standard | piawai/standard | Sosiologi | Tiada | 1. Sesuatu yang diterima atau diiktiraf dan dijadikan dasar untuk mengukur atau menilai dan sebagainya sesuatu yang lain seperti berat, isi padu dan sebagainya. |
annotation | anotasi | Perpustakaan | Tiada | 1. Nota yang ditambah pada entri di dalam katalog, senarai bacaan atau bibliografi untuk menjelaskan, menilai dan memerikan subjek, kandungan buku, dan kadangkala memberi butiran tentang pengarang. 2. Proses membuat nota sedemikian. |
reengineering | rekayasa semula | Ekonomi | Tiada | 1. Satu pendekatan inovasi atau strategi dalam perniagaan yang memerlukan sesebuah organisasi atau syarikat menilai semula prosedur untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran atau perkhidmatan supaya memperoleh daya saing dalam perniagaan, khususnya dengan menggunakan teknologi maklumat dan peralatan komputer. |
barrel equivalent | setara tong | Kejuruteraan | Petroleum | Unit yang digunakan di makmal untuk menilai dan menguji bendalir penggerudian, iaitu satu setara tong bendalir adalah setara dengan 350 ml bendalir tersebut. Sebagai contoh, 1 gram bahan, bila ditambahkan ke dalam 350 ml suatu bendalir, adalah setara dengan penambahan 1 paun bahan tersebut ke dalam 1 tong (42 gelen) bendalir tersebut. |
base line data | data garis dasar | Perubatan | Tiada | 1. Data garis dasar: Data yang nilai atau kuantitinya diketahui dan digunakan untuk menyukat atau menilai sesuatu yang tidak diketahui. |
posttetanic count (PTC) | kiraan pascatetanus (PTC) | Perubatan | Tiada | Kaedah untuk menilai keamatan sekatan neuromuskular bukan nyahkutub. Kaedah ini ditentukan dengan mengira jumlah respons sentak satu terhadap rangsangan 1 Hz 3 saat selepas diberikan rangsangan tetanus 50 Hz selama 5 saat. |
recension | resensi | Kesusasteraan | Tiada | 1. Versi bertulis yang muncul melalui proses revisi (ulang lihat) atau kritikan tekstual. Versi bertulis juga muncul melalui proses pembinaan semula teks daripada beberapa versi yang berbeza melalui kaedah filologi. 2. Perbicaraan mengenai sesuatu hasil karya (buku, kaset, filem, DVD) dengan tujuan untuk mempromosi dan memperkenalkannya kepada masyarakat. Resensi berasal daripada perkataan Latin recenseve yang bermaksud �melihat kembali, menimbang atau menilai�. |
management skill | kemahiran pengurusan | Pengurusan | Perancangan | Kebolehan yang dimiliki oleh individu dalam organisasi yang dapat membuat sesuatu perkara atau tugasan dengan cekap dan berkesan dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Jenis-jenis kemahiran asas pengurusan ialah: 1. Kemahiran teknikal (kebolehan mengendalikan operasi rutin organisasi seperti pengendalian sistem komputer), 2. Kemahiran kemanusiaan (keupayaan berkomunikasi dan memahami orang lain di sekeliling organisasi), 3. Kemahiran konseptual (kebolehan memahami konteks kerja dalam organisasi secara menyeluruh seperti cabaran operasi, isu semasa dan hala tuju organisasi), 4. Kemahiran pengurusan masa (keupayaan merencana jadual kerja dan pelaksanaan kerja dengan teratur), 5. Kemahiran membuat keputusan (kemampuan menilai dan memilih alternatif terbaik untuk mencapai matlamat organisasi). |