alarmist | pencemas; penggempar | Sejarah | Tiada | 1.Orang yang cenderung menimbulkan kegemparan yang dibuat-buat.,2. Sikap seorang penggempar atau pencemas yang melakukan sesuatu yang tidak perlu. |
Y2K (year 2000) | Y2K (tahun 2000) | Teknologi Maklumat | Tiada | Masalah yang timbul akibat penggunaan 2 digit terakhir tahun untuk mewakili tahun 4 digit. Contohnya, 1988 diwakilkan sebagai 88. Jadi 00 pada 1 Januari 2000 bermaksud 1 Januari 1900 bukannya 1 Januari 2000. Masalah ini menimbulkan kekalutan pengiraan tempoh masa dan umur. |
engagement | perjanjian | Sejarah | Tiada | 1. Perjanjian: Sumpah kesetiaan yang menimbulkan kontroversi yang dipaksakan ke atas orang Inggeris yang berumur 18 tahun ke atas yang mengkehendaki kesetiaan kepada kerajaan pemerintah oleh COMMONWEALTH pada tahun 1650.,2. Perjanjian yang ditandatangani di antara Charles I dan COVANTERS Scot pada 26 Disember 1647 menandakan perubahan kesetiaan orang Scot kepada England. |
relay | geganti | Kejuruteraan | Tiada | 1. Suis yang beroperasi secara elektrik, digunakan untuk menimbulkan perubahan-perubahan pada litar tak bersandaran. Sinonim: geganti elektrik.,2. Peranti untuk membekalkan tenaga tekanan tambahan daripada punca luar, untuk membantu mengatasi rintangan yang berlebihan. |
depth zone | zon kedalaman | Geologi | Tiada | 1. Zon di pelbagai kedalaman di dalam bumi yang menimbulkan fenomena metomorf yang berbeza-beza. 2. Satu dari empat persekitaran lautan; zon litoral, zon neritik, zon bati, dan zon abis. |
burlesque | burlesk | Kesusasteraan | Tiada | 1. Satu bentuk komedi yang dikenali melalui perlakuan atau lakonan yang dilebih-lebihkan untuk menimbulkan kesan lucu dan menggelikan hati. |
farce | farsa | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Persembahan jenaka dengan perlakuan yang berlebih-lebihan oleh watak-watak untuk menimbulkan kesan lucu. 2. Jenis komedi yang terendah dalam skala komedi kerana mengutamakan kebodohan pada kelakuan manusia. Contohnya, persembahan kyogendi Jepun. |
benefit of the doubt | faedah kesangsian | Undang-undang | Tiada | 1. Faedah yang diberikan kepada yang dituduh apabila terdapat keadaan dan kenyataan yang menimbulkan keraguan kerana mempunyai dua interpretasi, satu memihak pendakwa, sementara yang satu lagi menyokong pihak pembela.,2. Faedah yang diberikan apabila wujud keraguan supaya keperluan dipenuhi, kepentingan dipelihara, dan faedah atau manfaat diperoleh.,3. Tolak ansur atau konsesi untuk menganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah, apabila sangsi atau waswas kerana kekurangan bukti atau keterangan atau kenyataan. |
antagonist | antagonis | Perubatan | Tiada | 1. Otot yang bertindak secara bertentangan dengan otot lawannya, seperti antara otot fleksor dengan otot ekstensor. 2. Bahan yang menduduki sesuatu reseptor, dan menghalang pengikatan agonis pada reseptor tersebut. Kehadiran antagonis pada reseptor sel tidak menimbulkan sebarang gerak balas. |
contempt of court | penghinaan mahkamah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | 1. Kegagalan untuk mematuhi suatu perintah mahkamah yang berkedudukan tinggi, atau suatu perbuatan yang menentang atau menghina mahkamah atau hakim. 2. Kelakuan yang mungkin boleh menimbulkan perasaan prasangka terhadap perjalanan sesuatu perbicaraan yang adil terhadap tertuduh, yang boleh dihukum denda atau dipenjara. |