aphrodisiac | afrodisiak | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan merangsang atau meningkatkan naluri seks. 2. Agen yang digunakan untuk meningkatkan keinginan seks dan meningkatkan kebolehan melakukan hubungan seksual.Agen ini boleh terdiri daripada bahan makanan seperti akar gingseng, minuman beralkohol dan penggunaan drug tertentu seperti yohimbina, kanabis, sildenafil dan levodopa. |
economy of high wages | ekonomi upah tinggi | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang berfahaman bahawa untuk meningkatkan upah akan meningkatkan produktiviti. |
stimulant | perangsang/stimulan | Herba | Tiada | Herba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala. |
tab | tab | Aeroangkasa | Tiada | atau meningkatkan momen engsel dan keberkesanan permukaan berkuasa.,atau meningkatkan momen engsel dan keberkesanan permukaan berkuasa. |
norepinephrine | norepinefrina | Veterinar | Praklinikal | Hormon katekolamin yang dirembeskan oleh medula adrenal. Norepinefrin bertindak bersama epinefrin dalam gerak balas fisiologi badan terhadap tekanan. Hormon ini menyebabkan vesel darah mengecut kemudian meningkatkan rintangan dan seterusnya meningkatkan tekanan darah arteri. |
glucocorticoid | glukokortikoid | Perubatan | Tiada | Hormon kortikosteroid yang meningkatkan metabolisme karbohidrat melalui perangsangan glukoneogenesis, yang akhirnya meningkatkan kuantiti glikogen hati dan paras glukosa darah. Hormon ini juga merencatkan gerak balas inflamasi alergi dan imunologi. |
quality control circle (QCC) | kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK) | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sekumpulan individu yang dilantik, membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama kumpulan meningkatkan mutu kerja ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing. Kumpulan ini akan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi telah tercapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM. |
stimulants | perangsang | Psikologi | Psikologi Umum | Dadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian. |
catalyst | pemangkin | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang dapat meningkatkan kadar tindak balas kimia, namun bahan ini tidak digunakan dalam tindak balas tersebut. Pemangkin meningkatkan kadar tindak balas kimia dengan mengurangkan tenaga pengaktifan tindak balas. Kadar tindak balas berlaku dengan cepat apabila permukaan tindak balas kimia diperluas, terutama pemangkin berstruktur nano. Contoh pemangkin semula jadi ialah enzim. |
augmentor | pengimbuh | Kejuruteraan | Tiada | 1. Augmentor: Bahan yang dianggap meningkatkan tindakan kinesis. 2. Istilah yang menghuraikan sel saraf atau saraf yang tindakannya meningkatkan kecepatan dan daya denyut jantung. |