Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.lang] | منجلڠ

Definisi : 1. datang berkunjung (menengok), menghadap (raja, orang besar): dia sentiasa sibuk sehingga tidak ada masa utk ~ tetangganya; itulah sebabnya yg membuat Nakhoda Muda pergi ~ Pangeran Kusumaningrat itu; 2. hampir, sudah dekat (bkn waktu, malam, siang, dll): ~ tengah malam barulah kami sampai di kampung penghulu itu; 3. menghadapi, menyambut, menyongsong: ~ hari raya; 4. kepada, meng­hadap (pd alamat surat); 5. melihat, me­natapi: ~ bulan melihat anak bulan pd akhir puasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.lang] | منجلڠ

Definisi : 1 pergi atau datang melihat; menghadap (raja dll); mengunjungi; menziarahi: Sejak pulang dr luar negara, dia belum ~ neneknya lagi. 2 sudah dekat waktunya; sudah hampir masanya: ~ subuh, barulah ia pulang. 3 dlm masa atau dlm proses wujudnya sesuatu; sementara menanti: ~ terasasnya sistem Residen dlm tahun 1874, perusahaan timah telah merosot dgn hebatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelang
Kata Terbitan : menjelang,

Puisi
 

Melenguh jawi belang untung,
     Tiap ke sawah orang bajakkan;
Menangis nan buruk untung,
     Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centennial decadedekad menjelang sekurunSejarahTiadaDekad menjelang cukupnya 100 tahun.
bridal showerrai pengantinUmumTiadaMajlis untuk meraikan bakal pengantin perempuan menjelang hari perkahwinan yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah.
moonlight effectkesan remangKomunikasiTiadaKesan daripada proses manipulasi cahaya semasa penggambaran yang menghasilkan suasana menjelang waktu malam.
visible lightcahaya nampakKomunikasiTiadaCahaya samar-samar yang digunakan untuk sesuatu tangkapan. Contohnya, cahaya menjelang waktu senja.
afternoon newspapersurat khabar petangKomunikasiTiadaSurat khabar yang diterbitkan untuk edaran pada waktu petang. Contohnya, surat khabar Malay Mail mula diedarkan menjelang waktu tengah hari. bd. surat khabar pagi.
imagismimagismeKesusasteraanTiadaGerakan memberontak menentang konvensionaliti dan bukan semata-mata untuk membina satu objektif yang lebih kekal dalam puisi dan kritik sastera di Englang dan Amerika Syarikat menjelang Perang Dunia I. Ia dipengaruhi T.E. Hulme, dikembangkan oleh Ezra Pound.
plain stylegaya lugasKesusasteraanPuisiCara penciptaan yang sederhana, dalam mengungkapkan pemikiran. Contohnya, dalam Pengantin Laut rangkap pertama puisi "Musim Bah" karya J.M. Aziz di bawah. Sinonim gaya bersahaja. Tahun menjelang musim berubah kelam langit mengandungi hujan angin dan ombak bergelora lautan maka berlakulah bah.
shadow cabinetkabinet bayanganSains PolitikPolitik PerbandinganKabinet yang dibentuk oleh sekelompok pemimpin parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya bagi menggantikan kabinet sebenar kerajaan apabila mereka menang dalam pilihan raya yang menjelang. Kabinet bayangan merupakan satu usaha persediaan awal yang menjadi harapan kepada parti pembangkang untuk menangani keadaan sekiranya mereka menang dalam pilihan raya tersebut. Kabinet ini sedia membahagikan portfolio atau tugas masing-masing supaya tidak berlaku salah faham atau perebutan sekiranya mereka berjaya dalam pilihan raya itu. Kabinet ini biasanya dipimpin oleh ketua parti pembangkang. Contohnya, ketua parti pembangkang Great Britain sudah bersedia dengan senarai kabinet bayangan bagi menghadapi pilihan raya umum negara tersebut.
chained bookbuku dirantaiPerpustakaanTiadaBuku-buku yang dirantai pada rak atau meja bacaan di perpustakaan pada abad ke-15 hingga awal abad ke-18 untuk mengelakkan kecurian tetapi amalan ini mula pupus menjelang pertengahan abad ke-17 apabila buku-buku mula disusun menegak di rak.
nominating conventionkonvensyen pencalonanSains PolitikPolitik PerbandinganPerhimpunan khas yang diadakan oleh sesebuah pertubuhan untuk memilih calon bagi jawatan penting. Perhimpunan ini boleh diadakan secara tahunan atau berkala. Bagi pertubuhan yang bersifat parti politik, konvensyen ini diadakan untuk memilih calon menjelang pilihan raya. Konvensyen seperti ini terpaksa diadakan kerana terlalu ramai calon atau ahli berhasrat bertanding bagi mewakili parti tersebut. Contohnya, Konvensyen Pemilihan Calon Parti Republikan Amerika Syarikat diadakan empat tahun sekali untuk memilih calon bagi bertanding kerusi presiden.
12

Kembali ke atas