Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jus.ti.fi.ka.si.kan] | منجوستيفيکاسيکن

Definisi : memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjustifikasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
distortionputar belitUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan menukar atau menafikan sesuatu fakta yang sahih. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, fakta sejarah boleh ditukar atau dinafikan bagi menjustifikasikan sesuatu tuntutan sesebuah negara. Contohnya, fakta wujudnya bangsa Arab di Palestin sebelum kewujudan Israel dinafikan oleh pihak yang enggan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang sah di sisi undang-undang antarabangsa.
just of war (jur ad bellum)hukum perangSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang berkaitan dengan keadaan yang menjadikan perbuatan peperangan sebagai suatu tindakan yang adil dan betul. Kebanyakan perbahasan tentang hukum perang bersepakat menetapkan hukum ini sebagai adil dan betul apabila sesebuah negara berperang atas dasar membela diri, termasuk berperang kerana membela pihak ketiga yang lemah dan tidak berupaya membela diri sendiri. Hujah pembelaan pihak ketiga yang lemah ini pernah digunakan dalam PBB untuk menjustifikasikan Perang Teluk atau serangan terhadap Iraq yang telah menceroboh Kuwait yang lemah.
Monroe DoctrineDoktrin MonroeSains PolitikHubungan AntarabangsaPrinsip dasar luar Amerika Syarikat yang dinyatakan oleh Presiden James Monroe dalam perutusannya kepada Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Prinsip ini merupakan pendirian Amerika Syarikat yang tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Eropah dan menyeru supaya negara Eropah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara di benua Amerika. Sebarang usaha oleh pihak Eropah untuk menjajah semula negara di benua Amerika seperti di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dianggap berbahaya kepada keselamatan dan keamanan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, doktrin ini kemudiannya telah digunakan untuk menjustifikasikan imperialisme Amerika Syarikat di Hemisfera Barat.

Kembali ke atas