Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.si.mu.la.si.kan] | منسيمولاسيکن

Definisi : menghasilkan semula ke­adaan tertentu utk tujuan kajian atau latihan: program komputer ~ proses kognitif ma­nusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mensimulasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
to simulatemensimulasikanFizikTiadaTiada
spreadsheethelaian rebakTeknologi MaklumatPerisianPerisian aplikasi yang mensimulasikan kertas helaian kerja. Perisian ini memaparkan pelbagai sel yang membentuk grid yang mengandungi baris dan lajur. Setiap sel mengandungi sama ada nilai teks abjad angka atau angka. Sel ini juga boleh mengandungi suatu rumus tafsiran yang boleh meliputi beberapa kiraan sel yang lain. Contohnya, perisian Visicalc, Lotus 1-2-3 dan MS Excel.
vibration facilitykemudahan getaranAeroangkasaTiadaKemudahan ujian di bumi untuk mensimulasikan getaran pesawat pada kenderaan pelancar.
environmental chamberkebuk sekitaranAeroangkasaTiadaKemudahan tempat ujian di bumi yang mensimulasikan beberapa aspek di angkasa atau persekitaran pelancaran.
primitive equationpersamaan primitifGeografiTiadaPersamaan fizikal yang digunakan oleh ahli meteorologi bila membina model untuk mensimulasikan edaran atmosfera.
pop-up bookbuku cuarPendidikanTiadaBuku yang mempunyai struktur muka surat yang boleh sembul apabila diselak untuk�mensimulasikan gambar berbentuk tiga�dimensi.
road octane numbernombor oktana jalan rayaKejuruteraanKejuruteraan KimiaSkala yang menandakan nombor oktana dalam pengendalian enjin kenderaan sebenar di jalan raya atau yang ditentukan oleh dinamometer dalam keadaan yang mensimulasikan keadaan sebenar jalan raya. Singkatan RdON.
remote loginlog masuk jauhTeknologi MaklumatTiadaSuatu atur cara pelayan-klien dan protokol yang menyediakan antara muka baris arahan interaktif kepada komputer jarak jauh. Ia menggunakan protokol menerusi rangkaian komputer yang mensimulasikan suatu terminal yang disambung secara tempatan. Log masuk jauh membolehkan komputer pengguna itu bertindak sebagai terminal yang disambungkan kepada sistem jauh.
phantom imageimej fantomTeknologi MaklumatTiada1. Bunyi yang terhasil daripada dua atau lebih pembesar suara yang arah sumber bunyi tersebut bukan dari arah pembesar suara. 2. Imej objek ujian yang digunakan untuk mensimulasikan ciri-ciri radiografik suatu objek. Contohnya, objek fantom ini mengandungi komponen yang memodelkan tisu barah dan penyakit payudara mengunakan radiografik.
replay attackserangan ulanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif.

Kembali ke atas