Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pul.kan] | منومڤولکن

Definisi : menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menumpulkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corporate social responsivenessgerak balas sosial syarikatPentadbiranTiadaTeori tanggungjawab sosial yang menumpulkan cara sesebuah syarikat bergerak balas terhadap sesuatu isu.
pencil pointerpenajam penselKesenianHiasan DalamanAlat pemotong atau penajam, berbentuk bulat yang digunakan untuk mengasah dan menajamkan mata pensel. Peralatan ini mengandungi alat pemotong yang diperbuat daripada mata keluli jenis asas yang dikatakan lebih baik berbanding keluli yang lain. Alat ini juga memiliki tolok untuk menumpulkan mata pensel. Papan kertas pasir digunakan untuk membentuk mata pensel menjadi seperti mata pahat atau untuk menumpulkan mata pensel bagi tujuan teknik-teknik yang khusus.
crystalliferous cellsel berhablurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSel parenkima jejari atau aksial yang mengandungi satu jenis hablur garam pepejal atau lebih. Hablur garam yang lazim ditemui ialah kalsium oksalat dan kalium oksalat dalam bentuk asikular, stilois, rafid, drus, romboid, dan granul. Bentuk-bentuk hablur dalam sel berhablur penting dalam pengecaman kayu. Kehadiran hablur menumpulkan mata alat pemprosesan kayu.
nipis kulitnipis kulitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Memecylon spp. daripada famili Melastomaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah delek tembaga. Spesies utamanya termasuk memecylon pubescens. Gubal kayu nipis kulit biasanya berwarna lebih muda daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana mempunyai floem terkandung. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 850 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan, boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, tidak tahan tetapi bahagian gubal kayunya mudah diawet. kayuu nipis kulit bersaiz kecil dan digunakan sebagai kayu jaras.
white serayaseraya putihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu ringan dalam genus Parachore daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah dan Sarawak ialah urat mata. Spesies utamanya ialah Parashorea malaanonan dan P. tomentella. Gubal kayu seraya putih berwarna lebih muda dan agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna krim kemerahan, dan berubah kepada kuning jerami apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 650 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses tetapi boleh menumpulkan mata pemotong, tidak tahan lama serta sukar diawet. Kayu ini lambat mengering, mempunyai kadar kecutan yang tinggi, serta mengalami retak dan piuh, dan mudah diserang kulat pewarna gubal. Kayu seraya putih sesuai untuk papan panel, kemasan dalaman, papan lapis, perabot, dan kayu kumai.
cicahcicahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Stereospremum spp. daripada famili Bignoniaceae, tetapi hanya S. fimbriatum yang biasa didapati di Malaysia. Gubal kayu cicah berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna kuning coklat dan agak sukar dibezakan antara kedua-duanya. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai banyak tisu parenkima dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu cicah agak sukar dikerjakan, dan dapat menumpulkan mata pemotong tetapi mudah dikeringkan tanpa kemerosotan yang teruk. Kayu ini sesuai untuk lantai, dinding, dan papan penutup, dan digunakan dalam binaan berat.
mersawamersawaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Anisoptera spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah loh, medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri dan terbak, dan di Sabah ialah pengiran. Spesies utamanya termasuk Anisoptera costata, A. corsiti, dan A. laevis. Gubal kayu mersawa sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya yang berwarna kuning tua dan menjadi gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini sukar dikerjakan kerana mengandungi silika yang boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, sederhana tahan, dan sukar diawet. Kayu mersawa banyak digunakan dalam pembuatan venir, papan lapis dan perabot, dan kerja binaan sederhana.

Kembali ke atas