administrative neutrality | keberkecualian pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip pentadbiran yang tidak memihak atau menyebelahi individu dan badan tertentu yang berkepentingan. Prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai tadbir supaya tidak bersikap condong kepada pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, pegawai tadbir khususnya anggota perkhidmatan awam seperti Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Diplomatik, polis mahupun tentera akan tetap berkhidmat walaupun Perdana Menteri dan kabinet telah bertukar. Dalam keadaan ini, anggota perkhidmatan awam mestilah patuh kepada kerajaan baru. Sinonim keneutralan pentadbiran |
bandwagon (political) | sampan tunda (politik) | Sejarah | Tiada | Pergerakan politik yang berjaya menarik pengikut yang ramai atau pengundi untuk menyebelahi dan mencapai kemenangan. |
Hawthorne effect | kesan Hawthorne | Pendidikan | Tiada | Pengaruh penilai atau penyelidik ke atas subjek yang sedang dinilai atau mendapat perlakuan yang menyebelahi keputusan. |
dark-side hacker | penggodam jahat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penggodam yang merangkumi penggodam hasad, perekah dan juga kod topi hitam. Mengikut asal kewujudannya, istilah �dark-side� merujuk kepada sebuah cerita �Star Wars� yang menyebelahi kejahatan, manakala lawan bagi �dark side� adalah samurai yang merujuk kepada topi putih. |
press freedom | kebebasan akhbar | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kebebasan untuk menyiarkan dan mengulas berita tanpa sekatan pihak berkuasa khususnya pemerintah. Kebebasan ini termasuk menyampaikan apa sahaja berita sama ada yang sensitif atau tidak disenangi oleh pihak berkuasa. Dalam kebebasan ini, akhbar tidak menghadapi masalah tapisan dan tidak tertekan untuk menyiarkan berita yang menyebelahi pihak tertentu. Kebebasan ini juga memberi ruang kepada akhbar untuk melakukan penyelidikan atau penyiasatan yang hasilnya diterbitkan dalam rencana atau bersifat analisis seperti laporan penyiasatan. Contohnya, akhbar di Perancis yang bebas menyiarkan pelbagai berita sama ada yang menyokong atau mengkritik pemerintah. |
plate heat exchanger | penukar haba plat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba yang digunakan bagi keadaan tekanan kurang daripada 20 atmosfera bagi bendalir yang mengakis, dan bagi cecair yang berkelikatan hingga ke 3000 poise. Penukar haba ini memerlukan pencucian yang kerap dan pelbagai bendalir panas perlu digunakan serentak. Ia terdiri daripada pemanas yang mengalir di antara pasangan plat berselang yang menyebelahi plat yang mengandungi bendalir sejuk. |