caption camera | kamera kapsyen | Pendidikan | Tiada | Alat untuk mengambil atau menyelit kapsyen semasa penerbitan televisyen. |
fabricate | reka | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis ancaman dalam keselamatan. Pihak yang tidak berdaftar menyelit maklumat tambahan kepada mesej elektronik asal yang dihantar melalui rangkaian komputer. |
hamstring tendon | tendon hamstring | Veterinar | Praklinikal | Tendon yang terdapat di belakang sendi stifel. Tendon ini berpunca daripada otot gastroknemius dan menyelit di kepala tibula. Tendon hamstring dikenali juga sebagai tendon Achilles atau tendon gastroknemius. |
SQL (structured query language) | SQL (bahasa pertanyaan berstruktur) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa pertanyaan pangkalan data yang digunakan untuk mencipta, menyelenggara, mencapai, memilih, menghapus, menyelit dan memaparkan data. |
serratus dorsalis muscle | otot seratus dorsalis | Veterinar | Praklinikal | Otot yang terletak di bahagian dorsal rusuk. Otot seratus dorsalis berpunca daripada fasia belakang dan menyelit ke tulang rusuk. Otot ini terbahagi kepada dua; iaitu otot seratus dorsalis kranialis dan otot seratus dorsalis kaudalis. Otot ini berperanan untuk mengangkat dan menurunkan tulang rusuk semasa pernafasan. |
adductor muscle | otot aduktor | Veterinar | Praklinikal | Salah satu daripada otot besar pinggul. Otot aduktor berpunca daripada permukaan ventral pelvis dan tendon simfisis grasilis. Otot ini menyelit pada permukaan kasar femur dan tibia. Otot ini berfungsi dalam melunjur dan mengaduk sendi pinggul. |
superficial flexor tendon | tendon fleksor superfisial | Veterinar | Praklinikal | Tendon betis yang terletak di belakang tendon fleksor dalam. Tendon ini berpunca daripada otot fleksor digit superfisial dan menyelit di hujung proksimal falanks kedua. Tendon fleksor superfisial dikenali juga sebagai tendon fleksor digit superfisial. |
e-publishing | e-penerbitan | Teknologi Maklumat | Tiada | Penghasilan bahan atau kandungan editorial dalam bentuk elektronik dengan menggunakan perisian penerbitan atas meja. Pakej perisian ini membolehkan pengguna reka letak halaman, menyelit imej dan menyusun teks pada skrin komputer dan memaparkan dokumen pada skrin sama seperti bakal hasil cetakan. Penghasilan bahan secara dalam talian tidak memerlukan kertas kecuali penerbitan untuk cetakan. Contoh e-penerbitan ialah e-jurnal, e-majalah, e-buku, e-dokumen dan lain-lain. |
deep flexor tendon | tendon fleksor dalam | Veterinar | Praklinikal | Tendon betis yang terletak antara tulang metakarpus atau metatarsus dengan tendon fleksor superfisial. Tendon ini berpunca daripada otot fleksor digit dalam dan menyelit di permukaan solar falanks ketiga. Tendon fleksor dalam dikenali juga sebagai tendon fleksor digit dalam. |
intercostal muscles | otot interkosta | Veterinar | Praklinikal | Otot nipis yang terletak di antara tulang rusuk. Otot ini mempunyai dua lapisan; iaitu otot interkosta luaran dan otot interkosta dalaman. Otot interkosta berpunca daripada sempadan kaudal setiap tulang rusuk dan menyelit di sempadan kranial tulang rusuk di sebelahnya. Otot ini berfungsi dalam pernafasan. |