atmospheric dispersion | serak atmosfera | Kejuruteraan | Tiada | Proses menyerakkan lepasan dalam satu kawasan yang luas untuk mengurangkan kepekatan bahan cemar. |
prism monochromator | monokromator prisma | Kimia | Kimia Analisis | Alat yang menyerakkan sinaran kepada panjang gelombang komponennya. Unsur penyerak terdiri daripada suatu sistem cermin, celahan dan prisma 60. Sinaran masuk melalui celahan dikolimatkan oleh kanta dan menyentuh permukaan prisma pada satu sudut. Pembiasan berlaku di kedua permukaan prisma menyebabkan sinaran terserak dan difokuskan ke atas permukaan bulat yang mengandungi celahan keluar. |
magnetic analyser | penganalisis magnet | Kejuruteraan | Tiada | Magnet yang digunakan untuk menyerakkan atau menumpukan zarah atau molekul bercas. |
analysing magnet | magnet analisis | Kejuruteraan | Tiada | Magnet yang digunakan untuk menyerakkan atau menumpukan zarah atau molekul bercas. |
atomic scattering coefficient | pekali serak atom | Kejuruteraan | Tiada | Keupayaan sesuatu bahan untuk menyerakkan alur elektron yang melaluinya. |
dispersion medium | medium sebaran | Sosiologi | Tiada | Bahan seperti gas, cecair atau pepejal yang menyerakkan zarah-zarah koloid. |
electron releasing group | kumpulan pelepas elektron | Kimia | Tiada | Kumpulan yang menolak elektron untuk menyerakkan cas dan menstabilkan ion. |
mist drilling | penggerudian kabus | Kejuruteraan | Petroleum | Kaedah penggerudian berputar. Dalam kaedah ini wap digunakan sebagai bendalir penggerudian. Wap ini disediakan dengan cara menyerakkan air dan/atau minyak ke dalam udara dan/atau gas. Biasanya agen pembusaan turut ditambahkan ke dalam sistem tersebut. |
geocorona | geokorona | Matematik | Tiada | Lapisan awan hidrogen dan helium yang menganjur keluar sejauh lebih daripada 50 000 km dari lapisan atmosfera bumi yang paling luar hingga ke magnetosfera, dan ini menyerakkan sinaran alfa Leyman dari matahari dan menghasilkan bara yang dapat dilihat dalam gambar foto ultralembayung bumi yang diambil dari jarak jauh. Awan ini mengganggu cerapan ultralembayung jauh dari orbit bumi. |
reflection nebula | nebula pantulan | Matematik | Tiada | Awan gas dan debu antara bintang yang cerah yang berada berhampiran dengan satu sisi bintang atau kumpulan bintang, yang biasanya terdiri daripada jenis spektrum B2 atau yang terkemudian daripada itu yang menyerakkan dan memantulkan cahaya bintang ke semua arah. |