[me.nying.gung] | مڽيڠݢوڠ
Definisi : 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nying.gung] | مڽيڠݢوڠ
Definisi : 1 menghentak atau memukul dgn siku; menyiku. 2 mengenai sedikit (dgn bahagian tubuh); menyentuh: Jangan ~ pinggan mangkuk itu. 3 menyebut sesuatu perkara dlm ucapan atau dlm karangan; membicarakan sedikit: Dia tidak berani ~ perkara itu dlm ucapannya. 4 menyakiti hati atau perasaan orang lain: Ucapannya dianggap ~ kedudukan raja-raja Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)