Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.kat.kan] | مڽيڠکتکن

Definisi : 1. menjadikan singkat (pen­dek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.kat.kan] | مڽيڠکتکن

Definisi : membuat jadi singkat; memendekkan; meringkaskan: Kerana waktu tidak mengizinkan, saya terpaksa ~ ucapan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkat (adjektif)
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan sekejap pendek, tidak lama,

2. Dalam konteks berita
bersinonim dengan ringkas, pendek,
Berantonim dengan panjang

3. Bersinonim dengan cetek: dangkal, sempit, picik, sontok, ciut,

Kata Terbitan : menyingkatkan, singkatan, kesingkatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consonant codekod konsonanPerpustakaanTiadaSatu daripada beberapa kod sistematik yang menyingkatkan kata yang digunakan dalam urusan mendapatkan kembali maklumat.
exit taxiwaylaluan taksi keluarKejuruteraan AutomotifTiadaLaluan keluar dari luncuran ke laluan taksi utama untuk menyingkatkan masa penggunaan luncuran bagi pesawat kecil semasa pesawat mendarat atau berlepas.
meteorological codekod meteorologiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKod yang penggunaannya diterima pada peringkat antarabangsa atau kebangsaan, untuk menyingkatkan maklumat meteorologi dalam format abjad-angka dan format perpaduaan untuk penghantaran secara elektronik.
meteorological codekod meteorologiSainsHidrometeorologiBeberapa aturan yang diterima pada peringkat antarabangsa atau kebangsaan dan digunakan untuk menyingkatkan maklumat meteorologi untuk penghantaran.

Kembali ke atas