bureaucratic corruption | rasuah birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemberian untuk menyogok atau menyuap kakitangan perkhidmatan awam bagi mendapatkan sesuatu faedah sebagai pulangan. Pemberian ini membolehkan seseorang yang berkuasa melakukan sesuatu tindakan untuk kepentingan individu dan orang yang memberi suapan tersebut. Rasuah ini juga boleh berlaku dalam bentuk salahguna kuasa pegawai yang bertanggungjawab untuk kepentingan diri atau pihak tertentu. Amalan rasuah dan penyelewengan birokrasi merosakkan imej dan menjejaskan kepentingan awam. Sebagai contoh, pemberian sogokan wang kepada pengarah jabatan kerajaan untuk mendapatkan tender pembinaan jambatan. Sinonim penyelewengan birokrasi |
mechanical stoker | pembubuh mekanik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Peranti mekanikal yang digunakan untuk menyuap bahan api dengan kuantiti yang seragam ke dalam relau dandang. Alat ini boleh berbentuk rantai tanpa hujung, penghantar skru dengan gear atau sistem suapan rantai bersauk. Pembubuh ini digunakan di dalam dandang stim. |
letter feeder operator | operator suap surat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Petugas yang mengendalikan proses menyuap surat ke dalam modul suap surat pada mesin isih surat. |
insertion head | kepala sisipan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Mekanisme suapan automatik yang digunakan untuk menyuap komponen secara memaksi ke dalam sesuatu kumpulan pemasangan yang separa siap. Mekanisme ini mungkin juga bersekali atau dilengkapi perkakas pemotong, pembentuk dan pengikat. Mekanisme ini banyak terdapat pada mesin yang digunakan dalam proses penghasilan produk dalam industri pembuatan. |
idle system | sistem pelahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Laluan dalam karburetor yang digunakan untuk menyuap bahan api apabila enjin berkeadaan melahu. Dalam keadaan ini, injap pendikit berada dalam keadaan tertutup sepenuhnya. |
feedback control system | sistem kawalan suap balik | Kejuruteraan | Tiada | Sistem kawalan suap balik: Suatu sistem pengawalan kuantiti keluaran dengan menyuap balik kuantiti yang terkawal supaya nilai kuantiti masukan berada pada nilai hampir dengan nilai yang diperlukan semasa reka bentuk. |
transmitter | pemancar | Fizik | Akustik | Alat yang menjana gelombang pembawa untuk menghasilkan gelombang radio, melalui proses modulasi, amplifikasi dan seterusnya menyuap gelombang tersebut ke antena. |
line finder | pencari talian | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mekanisme pensuisan yang menentukan talian telefon yang memanggil dari suatu kumpulan, dan menyambungkannya kepada sesalur, pemilih atau penyambung.,2. Peranti elektromekanik yang, secara automatik, menyuap baris platen pencetak kepada baris yang telah ditentukan pada borang tercetak. |
vibratory feeder | penyuap getar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat yang terdiri daripada plat condong yang digetarkan sama ada oleh kapi tak seimbang laju tinggi, getaran janaan elektromagnet atau denyut pada plat yang terpasang pada pegas dedaun. Alat ini digunakan untuk menyuap dalam kuantiti yang tepat atau membetulkan kedudukan benda kerja. Alat ini juga biasanya dipasang untuk menghantar benda kerja atau komponen ke mesin pemprosesan atau pemasangan. |
forward feed evaporator | penyejat suapan ke depan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penyejat yang larutan cair disuapkan ke dalam penyejat pertama dan cecair yang telah dipekatkan disuap ke dalam penyejat berikutnya hingga kepekatan tertentu diperoleh supaya kepekatan larutan meningkat dari penyejat ke penyejat lain. Penyejat ini hanya memerlukan dua pam untuk menyuap larutan ke penyejat pertama dan untuk mengeluarkan larutan pekat daripada penyejat terakhir. Penyejat jenis ini mempunyai ekonomi penyejat yang rendah. |