Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyum.pah] | مڽومڤه

Definisi : 1. mengucapkan sumpah, me­ngangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jika­lau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-­kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menye­ranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturun­an; dulu dia menyumpahi dirinya, disangka­nya tidak menurunkan baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyum.pah] | مڽومڤه

Definisi : 1 mengucapkan kata-kata atau harapan yg tidak baik: Dia ~ kerana nasi bekalnya dihurung semut. 2 mengenakan sumpah pd; mengutuk: Mereka semua ~ pegawai yg munafik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumpah (kata nama)
1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,

2. Rujuk seranah

3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,

Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
habittabiatPsikologiPsikologi UmumPola tingkah laku yang dipelajari yang kemudiannya berakar umbi dalam diri individu. Dalam konteks pembelajaran, tabiat ini dikaitkan dengan rangsangan yang banyak. Apabila lebih banyak rangsangan dikaitkan dengan sesuatu respons menyebabkan semakin kukuh tabiat yang dibentuk. Contohnya, tabiat merokok merupakan tabiat yang sukar dihentikan kerana tingkah laku ini berlaku dalam banyak situasi. Dalam kehidupan harian, terdapat beberapa tabiat yang dianggap buruk dan perlu dihapuskan. Antara yang dikenal pasti ialah mencarut, menyumpah, mengutuk, mengkritik, menonton televisyen secara berlebihan dan meminum minuman keras.

Kembali ke atas