bole | tanah merah | Kesenian | Tiada | 1. Tanah merah: Tanah liat yang berwarna merah. |
Armenian bole | tanah liat Armenia | Perpustakaan | Tiada | 1. Tanah liat berwarna merah cerah yang digunakan sebagai bahan warna dan juga untuk disapukan pada bahagian tepi buku sebelum menyepuhnya, sebagai dasar kepada warna emas yang dapat memperlihatkan warna yang lebih jelas dan berkilat. |
Antwerp red | merah Antwerp | Kesenian | Tiada | Warna kemerah-merahan tanah liat. |
bead | manik | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Perhiasan yang digunakan dalam bentuk kalung atau rantai. Pada zaman prasejarah, manik dihasilkan dengan menggunakan tulang ikan, gigi binatang dan kulit kerang. Kemudian pembuatan manik berkembang dengan menggunakan tanah liat, kaca dan batu. Antara jenis batuan terdiri daripada jasper, kuartza, kalsedoni, beril, akik merah, ametis, kristal dan jed. Antara tempat penemuan manik di Malaysia ialah di Kuala Selinsing (Perak), Lembah Bujang (Kedah), Kampung Sungai Lang dan Lembah Bernam (Selangor). |
Alhambra | Alhambra | Kesenian | Seni Bina | Kubu yang dibina pada zaman kerajaan Islam Moor di Granada yang mengandungi masjid, istana dan kompleks kota yang bercirikan bangunan dalam taman. Kubu ini juga dilengkapi dengan binaan lain seperti saluran air, kolam dan pancutan air untuk merealisasikan konsep bangunan dalam taman. Kubu ini dibina daripada batu kelikir dan bata tanah liat halus. Alhambra menjadi salah satu contoh gaya seni bina Moor. Alhambra berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud istana merah. |