Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.Öi.kan] | مراعيکن

Definisi : menghormati seseorang dgn mengadakan keramaian atau jamuan: Mereka telah mengadakan majlis makan malam utk ~ sahabat mereka yg baru pulang dr Jerman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rai
Kata Terbitan : meraikan, keraian,

Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

113

Make not your source till you have caught the fish

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Make not your source till you have caught the fish. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paeanpaeanKesusasteraanTiadaLagu puji-pujian untuk menyatakan keseronokan dan meraikan kemenangan. Pada asalnya, paean ialah lagu kesyukuran khususnya untuk Dewa Apollo sempena meraikan kemenangan dalam peperangan. Seterusnya, kegunaan paean diperluaskan kepada dewa lain dan tokoh dalam tentera.
dithyrambditirambKesusasteraanTiadaSebuah persembahan yang mengandungi dikir dan nyanyian untuk meraikan dewa Dionysius, yang berkaitan dengan arak, keseronokan dan kesuburan. Pada peringkat awalnya, ditiramb mempersembahkan cerita yang diimprovisasikan dan dinyanyikan secara solo oleh ketua kumpulan dan dijawab oleh kumpulan korus. Kemudian, ditiramb diperluas untuk meraikan dewa-dewa yang lain. Seterusnya, ditiramb berkembang daripada upacara ritual kepada bentuk kesusasteraan yang mengetengahkan cerita kepahlawanan. Dalam kesusasteraan moden (selepas abad klasik), bentuk ini sudah tidak popular lagi. Contoh ditiramb moden ialah karya Dryden, Alexander�s Feast yang memperlihatkan gaya persembahan yang penuh ghairah. Ditiramb berasal daripada bahasa Yunani dithurambos yang bermaksud �nyanyian rakyat�.
press receptionsambutan akhbarKomunikasiTiadaMajlis untuk meraikan wakil media yang diadakan sebelum sidang akhbar, atau semasa rehat, atau selepas sidang akhbar berlangsung. Matlamat dan cara pengendalian sambutan akhbar tidak banyak berbeza dengan jamuan tengah hari akhbar atau rai akhbar. sambutan media. Lihat juga: jamuan tengah hari akhbar, rai akhbar.
baby showerrai bayiUmumTiadaMajlis untuk meraikan bakal ibu yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah.
bridal showerrai pengantinUmumTiadaMajlis untuk meraikan bakal pengantin perempuan menjelang hari perkahwinan yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah.
press junketrai akhbarKomunikasiTiadaKegiatan organisasi yang meraikan wakil media dengan menyediakan pelbagai acara dan hadiah. Contohnya, dengan membiayai tambang dan bentuk perbelanjaan yang lain. Ini dilakukan bagi mendapatkan hubungan yang baik dengan pihak media atau mendapatkan liputan yang positif tentang organisasi berkenaan.
epithalamionnyanyi kahwinKesusasteraanTiadaLagu atau puisi yang ditulis untuk meraikan perkahwinan.
wedding songnyanyi kahwinKesusasteraanTiadaLagu atau puisi yang ditulis untuk meraikan perkahwinan.
P. parlourparlorKesenianHiasan DalamanBilik utama atau bangunan khas untuk meraikan tetamu dan sehingga pada abad ke-20, bilik ini dianggap sebagai ruang khas untuk menjamu tetamu. Parlor juga berfungsi sebagai tempat riadah dan istirahat, seperti lounge yang terdapat di hotel atau kelab. Selain itu, bilik atau bangunan ini juga dijadikan ruang perniagaan, seperti parlor kecantikan atau parlor pengurusan jenazah.
resurrection playlakon agamaKesenianDrama dan TeaterPementasan teater yang khusus untuk meraikan peristiwa sesuatu agama dengan membawa cerita yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Contohnya, lakon takziah merupakan satu bentuk lakon agama dalam kalangan golongan Syiah.
123

Kembali ke atas