Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ram.pas] | مرمڤس

Definisi : 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ram.pas] | مرمڤس

Definisi : 1 mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dgn paksa; merebut: Seorang pemuda telah ~ wang di tangannya. 2 mengambil alih sesuatu kekuasaan dgn paksa; merebut: Mereka sengaja menimbulkan huru-hara supaya mudah mereka ~ kuasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rampas
Kata Terbitan : merampas, rampasan, perampasan, perampas,

Peribahasa

Pantas seperti tangan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)

474

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seizingmerampas; lilit berkasPerikananTiadaTiada
seizingmerampas; mengikatKejuruteraanTiadaTiada
raidingmerampasPsikologiTiadaTiada
right of seizurehak merampasKejuruteraanTiadaTiada
action for forfeituretindakan merampasUndang-undangTiadaTiada
plunderrampasanSejarahTiadaPerbuatan merompak, merampas, mengganas dengan menggunakan kekerasan oleh seorang atau kumpulan.
buccaneerlanunSejarahTiadaOrang yang merompak, merampas dan membunuh di laut untuk mencari keuntungan.
annexationaneksasiSejarahTiadaPerbuatan sesebuah negara merampas wilayah negara lain dan memegang penuh pemerintahan negara tersebut misalnya pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
panjat angkarapanjat angkaraKerisTiadaAdat merampas gadis dengan menggunakan keris sebagai ancaman kepada sesiapa yang cuba menghalang kehendak dirinya.
conquermenakluk; taklukSejarahTiadaPerbuatan menakluk atau merampas biasanya harta atau negara secara paksaan dan kekerasan seperti dasar peluasan kuasa oleh kuasa Nazi denga menakluk negara-negara di benua Eropah.
123

Kembali ke atas