telex exchange | ibu sawat teleks | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pusat yang merangkaikan hubungan talian mesin teleks. |
insertion stitch | jahit sisip | Kesenian | Tiada | Jahit sulam yang digunakan untuk merangkaikan dua keping fabrik yang berasingan. Contohnya: jahit lubang butang. |
word processing | pemprosesan kata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sistem yang menyeluruh yang merangkaikan pekerja, peraturan dan peralatan, direka untuk mengurus komunikasi perniagaan dengan lancar dan ekonomi. |
MAN (metropolitan area network) | MAN (rangkaian kawasan metropolitan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis rangkaian yang dicipta untuk merangkaikan komputer meliputi kawasan dalam sebuah bandar yang lebih luas daripada rangkaian kawasan setempat (LAN), tetapi kurang daripada kawasan yang meliputi rangkaian kawasan luas (WAN). |
weber | weber | Teknik | Elektrik | Unit fluks magnet dalam sistem meter-kilogram-saat, sama dengan fluks magnet yang merangkaikan litar satu lilitan yang menghasilkan daya gerak elektrik bernilai 1 volt pada litar apabila fluks tersebut diturunkan ke nilai sifar dengan kadar seragam dalam 1 saat. |
weber (unit) | Weber | Geologi | Tiada | Unit fluks magnet dalam sistem meter-kilogram-saat yang sama dengan fluks magnet yang merangkaikan litar satu lilitan serta menghasilkan daya gerak elektrik bernilai 1 volt pada litar apabila fluks tersebut diturunkan ke nilai sifar dengan kadar seragam dalam 1 saat. |
three-pole switch | suis tiga kutub | Teknik | Elektrik | Suis yang mempunyai tiga pasang sesentuh yang berasingan, yang dihidupkan atau dimatikan serentak oleh satu tangkai yang merangkaikan ketiga-tiga bilah sesentuh tersebut menjadi satu. Suis ini boleh digunakan untuk pemencilan sistem tiga dawai. |
lined button | butang rangkai | Kesenian | Tiada | Dua butang yang dirangkaikan dengan beberapa baris benang yang dililit dengan jahit insang pari. Salah satu butang dijahit pada pakaian dan yang satu lagi dibiarkan tergantung. Pita juga boleh digunakan untuk merangkaikan butang-butang tersebut. |
adenosine-3’, 5’-cyclic monophosphate | adenosina-3’,5’-monofosfat siklik | Kimia | Biokimia | Nukleotida siklik hasil tindak balas ke atas ATP yang memangkini adenil siklase. Sebatian ini berfungsi sebagai pengutus kedua kerana, apabila hormon (pengutus pertama) bergabung dengan sel, kepekatan nukleotida ini bertambah dan akan merangkaikan hormon dengan tindak balas pemangkin-pemangkin khusus dan komponen-komponen sel yang lain. |
trabecula | trabekula | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Jalur tisu gentian atau otot yang merentang diri satu kapsul atau dinding ke bahagian dalam sesuatu organ, seperti lamela primodium pada agarik; plat sel mandul yang merentasi sporangium pteridofit; bahagian dinding sel yang berbentuk batang dan merentasi lumen sel; jalur gentian halus yang menjadi septum atau rangka tak sempurna sesuatu organ, dan turus otot yang menganjur ke bahagian dalam permukaan ventrikel jantung. 2 Dua batang rawan bengkok yang merangkaikan serebrum hipofisis embrio. |