Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa.kan] | مراساکن

Definisi : 1. = memperasakan mem­biarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, meng­endahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin ber­tambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa.kan] | مراساکن

Definisi : 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Peribahasa

408

The more you get, the more you want

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Seperti keranjang bobos

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi seperti keranjang bobos. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
depersonalizationdepersonalisasiPsikologiPsikologi UmumKeadaan mental yang menyebabkan individu tidak merasakan kewujudan dirinya malah merasakan dirinya seperti telah mati. Contohnya, individu menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada alat mesin yang tidak mempunyai perasaan.
sensibilitydaya kederiaanKesusasteraanTiadaKesanggupan merasakan sebagai bertentangan dengan rasionalisme.
ballottementbalotemenPerubatanTiadaTeknik untuk merasakan objek yang bergerak di dalam badan, khasnya untuk mengesahkan kehamilan.
paraschemaziaparaskemaziaPerubatanPsikiatriKeadaan apabila seseorang merasakan badannya seakan-akan mengherot.
depersonalizationdepersonalisasiPerubatanTiadaKeadaan mental, dengan subjek itu merasakan bahawa dia tidak wujud.
impostor syndromesindrom ragu diriPsikologiTiadaPerasaan seseorang yang merasakan bahawa pencapaian atau kejayaan yang diperolehnya tidak benar atau tidak layak.
pay compressionhimpitan gajiPentadbiranTiadaSituasi yang berlaku apabila pekerja merasakan jurang gaji di antara gaji yang diperolehnya dengan yang diperoleh orang lain yang berpangkat tinggi dan rendah daripadanya adalah terlalu kecil.
depressionkemurunganPsikologiPsikologi UmumPerasaan yang dalam keadaan normal membuatkan individu merasakan dirinya serba kekurangan, tidak aktif dalam kehidupan seharian dan terlalu pesimistik terhadap masa hadapan. Dalam kes patologi, penghidap kemurungan langsung tidak memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan, mengalami susut nilai diri yang teramat, delusi kekurangan diri dan putus harapan. Sinonim depresi.
smart aleckpoyoUmumTiadaBerkenaan seseorang yang suka membanggakan diri atau merasakan diri lebih bagus daripada orang lain.
separationpengasinganPentadbiranTiadaPerasaan dan sikap pekerja yang tidak berpuas hati, dan merasakan seolah-olah segala kerja yang dilakukan tidak mendapat perhatian pihak pengurusan tempat ia bekerja.
1234

Kembali ke atas