Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.wai] | مراواي

Definisi : menangkap ikan dgn rawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merawai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baiting machinemesin pengumpanPerikananTiadaMesin automatik yang berfungsi untuk memotong dan melekatkan umpan pada mata kail. Mesin ini selalunya digunakan dalam operasi merawai. Tali pancing akan melalui mesin yang mengandungi umpan. Penggunaan mesin ini dapat mengurangkan masa keseluruhan operasi merawai.
automated longlinerawai automatikPerikananTiadaRawai yang beroperasi secara automatik dengan menggunakan mesin. Semua proses merawai bermula daripada pemasangan umpan pada mata kail, memasang rawai, menarik rawai dan membuka tangkapan daripada mata kail dilakukan oleh mesin secara automatik. Penggunaan alat ini boleh meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa operasi. Hasil tangkapan menggunakan alat ini selalunya bermutu tinggi kerana boleh menangkap ikan daripada pelbagai jenis dan saiz yang dikehendaki sahaja.
dead baitumpan matiPerikananTiadaUmpan daripada ikan atau sotong yang telah mati, digunakan oleh pemancing untuk menangkap ikan pemangsa dengan teknik merawai, mengerek (mengolak) atau menggunakan pancing. Umpan mati dilekatkan kepada mata kail secara manual atau automatik dengan menggunakan mesin.
giant trevallygerepuhPerikananTiadaSejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, spesies Caranx ignobilis. Kebanyakan spesies ikan ini berhabitat di laut lepas yang berbatu karang dan amat berpotensi dalam sukan memancing. Ikan gerepuh muda (juvenil) hidup berkumpulan, manakala ikan gerepuh dewasa hidup bersendirian atau berkumpul dalam kumpulan kecil. Ikan gerepuh mudah ditangkap dengan cara memancing atau merawai.
longtail tunaaya hitamPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Thunnus tonggol, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian atas badannya berwarna biru gelap sehingga kehitam-hitaman, manakala bahagian bawah badannya berwarna putih keperak-perakan. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengolak atau merawai. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol dan aya.
dogtooth tunaaya tenggiriPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Gymnosarda unicolor, iaitu sejenis ikan berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan dan di bahagian sisinya berwarna keperak-perakan. Saiz badannya boleh membesar sehingga 2.50 meter. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Aya tenggiri dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengerek (mengolak) atau merawai.

Kembali ke atas