strategy implementation | pelaksanaan strategi | Pengurusan | Perancangan | Aktiviti pengurusan oleh organisasi dalam merealisasikan sesuatu perancangan strategik. Langkah-langkah dalam menjayakan pelaksanaan strategi termasuk memastikan objektif yang jelas, menyediakan sumber yang mencukupi dan mengamalkan pendekatan pengurusan yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran organisasi. Lihat juga pengurusan strategik. |
path analysis | analisis laluan | Pentadbiran | Tiada | Analisis tentang tindakan praktikal yang diperlukan untuk merealisasikan matlamat. |
political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |
illusion | ilusi | Kesusasteraan | Puisi | Bayangan atau cerminan sesuatu, umpamanya unsur alam yang dihubungkan dengan daya atau kemampuan seseorang penyair merealisasikan sesuatu unsur atau objek yang jauh daripada jangkauan penglihatannya. |
stage carpenter | tukang pentas | Kesenian | Drama dan Teater | Petugas di belakang pentas yang membuat kerja pertukangan untuk melengkapkan set, prop dan kostum untuk merealisasikan sesebuah pementasan teater. |
federal officer | pegawai persekutuan | Pentadbiran | Tiada | Anggota perkhidmatan awam yang dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk menguruskan hal-ehwal pentadbiran. Antara peranan utama pegawai persekutuan termasuklah merealisasikan hasrat dan impian kerajaan, melaksanakan dasar-dasar pemerintahan negara dan membantu menyampaikan maklumat daripada pihak kerajaan kepada orang awam. Pegawai ini terikat dengan Perintah Am dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka. Contohnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik ialah pegawai persekutuan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aspek pentadbiran pusat. |
corporate responsibility | tanggungjawab korporat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kewajipan agensi atau badan swasta membantu pihak kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara. Tanggungjawab korporat merangkumi pelbagai aspek seperti pematuhan undang-undang, merealisasikan dasar kerajaan, menyokong segala usaha dan tindakan kerajaan, membayar cukai dan memberi sumbangan untuk kebajikan. Contohnya, pihak korporat mempunyai tanggungjawab untuk menggembleng tenaga bersama-sama kerajaan menarik pelaburan asing dalam konteks menjana pembangunan ekonomi negara. |
soft landing | penutupan bertahap | Umum | Tiada | Strategi yang dibina untuk membuat peralihan yang mudah daripada satu fasa ke fasa yang lain hingga fasa yang terakhir dengan matlamat utama untuk merealisasikan prestasi operasi yang optimum. |
operational strategy | strategi operasi | Pengurusan | Perancangan | Rancangan tindakan yang merangkumi aspek pengoperasian organisasi seperti pengagihan dan penggunaan sumber dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan. Pelaksanaan strategi operasi penting dalam mendukung dan merealisasikan strategi korporat organisasi Contohnya, strategi yang perlu diambil oleh agensi-agensi pelancongan apabila membuat perancangan perbelanjaan berikutan kurangnya bilangan pelancong ekoran gempa bumi di negara jiran. Lihat juga strategi korporat, keputusan operasi. |
federal blue print | rangka tindakan persekutuan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dokumen rasmi yang digubal oleh kerajaan persekutuan dalam merencana atau merancang program atau projek pembangunan negara. Rangka tindakan persekutuan menjadi garis panduan dan rujukan kepada pihak pemerintah atau pentadbir dalam merealisasikan matlamat dan cita-cita negara. Dokumen ini mengandungi elemen-elemen seperti teras, objektif, prinsip atau rasional dan strategi pelaksanaan khusus sesuatu aktiviti. Contohnya Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan rangka tindakan persekutuan yang digubal untuk pihak pemerintah melaksanakan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun. |