Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ré.kon.struk.si] | مريکونستروکسي

Definisi : membuat rekonstruksi: satu usaha sedang dibuat utk ~ syair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merekonstruksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
witnesssaksiKesusasteraanTiadaNaskhah yang dapat dijadikan saksi dalam perbandingan untuk merekonstruksi sesebuah teks.
behavioural archaeologyarkeologi tingkah lakuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSubbidang arkeologi yang mengkaji tinggalan manusia dan cuba merekonstruksi tingkah laku manusia melalui tinggalan yang ditemui. Dua aspek ini dapat dilakukan dengan membandingkan kegiatan masyarakat zaman sekarang dengan data yang diperoleh. Contohnya, penemuan data berhubung zaman prasejarah di Gua Cha (Kelantan) dan kawasan sekitarnya yang mempunyai pola tingkah laku sama dengan masyarakat orang Asli di kawasan berhampiran.
text criticismkritikan teksKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang cuba mendapatkan versi naskhah yang paling tepat dengan cara membandingkan semua versi manuskrip yang sedia ada. Tujuan kritikan teks adalah untuk merekonstruksi niat pengarang asalnya dan mengeyahkan kesilapan penyalin, pencetak, dan interpolasi yang merosakkan teks asal. Lihat juga stema.
artifactual classificationklasifikasi artifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses mengelaskan artifak yang diperoleh sama ada melalui gali cari, jumpaan tidak sengaja, survei dan simpanan individu. Pengelasan ini melibatkan jenis dan bahagian artifak yang sama. Pengelasan artifak melalui kaedah jumpaan gali cari direkodkan berdasarkan kedalaman dan kedudukannya sementara pengelasan artifak melalui kaedah survei direkodkan berdasarkan jumlah dan jenis. Tujuan pengelasan ini adalah untuk memudahkan analisis corak, teknologi pembuatan, merekonstruksi artifak yang telah pecah dan menentukan zaman penggunaan artifak tersebut.

Kembali ke atas