base level | aras dasar | Geologi | Tiada | 1. Aras teori yang mengawal had sesebuah sungai boleh merendahkan alurnya atau hakisan fluvium ke atas permukaan tanah.,2. Satah genting hakisan atau pemendapan yang diwakili oleh aras sungai di benua dan oleh dasar arus atau gelombang di laut. |
double flat | flat ganda | Kesenian | Tiada | 1. Tanda kromatik untuk tujuan memperluaskan jeda sebanyak dua semiton. 2. Tanda kromatik untuk tujuan merendahkan nada sebanyak dua semiton. |
sodium fluoride poisoning | keracunan natrium fluorida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada natrium fluorida (formula kimia, NaF). Ion fluorida bertindak sebagai racun sel secara langsung dengan mengganggu metabolisme kalsium dan mekanisme enzim. Natrium flourida membentuk mendakan dengan kalsium lalu merendahkan aras kalsium plasma. Kepekatan 1%-2% boleh menyebabkan keradangan dan nekrosis membran mukus. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L, dan dos maut ialah 5 mg/kg - 10 mg/kg. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan peliuran, loya dan muntah, cirit-birit, dan sakit abdomen. lni diikuti dengan keadaan lemah, terketar-ketar, pernafasan lemah, spasma karpopedal, dan konvulsi. Kematian disebabkan perlumpuhan pernafasan. Jika kematian tidak berlaku dengan segera, demam kuning dan oliguria mungkin terjadi. Penemuan postmortem ialah hiperemia serebrum dan edema, edema pulmonari, dan kemerosotan hati dan buah pinggang. Kematian akibat penyerapan lama menunjukkan penebalan struktur tulang disebabkan pengapuran dalam percantuman liga |
signal intensity | keamatan isyarat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tahap keamatan gelombang bunyi bagi mengesan ketakselanjaran atau mengukur ketebalan sampel yang boleh diubah dengan meninggikan atau merendahkan amplitudnya. Keamatan isyarat dinyatakan dalam unit desibel (dB) yang merupakan bacaan perubahan dalam keamatan bunyi dengan asas logaritma seperti formula yang berikut: dB = 20 log (h1/h2), Dengan h1 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan pertama dan h2 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan kedua. Contohnya, jika terdapat dua pantulan dengan nisbah 10:1, perbezaan (dB) dalam ketinggian gema adalah seperti yang berikut: dB = 20 log (10/1) = 20 dB |