Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.ta/.kan] | مرتقکن

Definisi : menjadikan retak, menyebab­kan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.ta/.kan] | مرتقکن

Definisi : menjadikan atau menyebabkan retak: Panas matahari dan hujan telah ~ tembok batu rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
retak (kata nama)
1. Rujuk rekah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cacat, cela, kekurangan,
Berantonim dengan sempurna

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan renggang, ganggang, jauh,
Berantonim dengan mesra

Kata Terbitan : meretak, meretakkan, keretakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acid fractureretakan asidKejuruteraanPetroleumMeretakkan formasi produktif dengan menggunakan asid yang disuntikkan ke dalam formasi berkenaan pada tekanan tinggi. Asid tersebut akan mengikis permukaan liang atau permukaan retakan yang sedia terdapat di dalam formasi berkenaan supaya terbentuk saluran yang lebih lebar dan lebih lurus sehingga akan meningkatkan daya pengeluaran formasi tersebut. Operasi ini biasanya dilakukan ke atas formasi batu kapur yang keras.
celup rancangcelup rancangKesenianSeni BatikProses meretakkan lilin tutup warna pada kain yang direndamkan di dalam air sejuk yang dicampur dengan kaustik soda, kemudian direjah dengan kayu rancang, supaya membentuk corak retak seribu.
formation fracturingperetakan formasiKejuruteraanTiadaKaedah perangsangan telaga dengan cara meretakkan formasi yang berkaitan.
هاشمةluka hasyimaṯAgama IslamFiqhLuka yang dalam sehingga memecahkan atau meretakkan tulang.
nitro shootingtembakan nitroKejuruteraanTiadaKaedah merangsang formasi yang menggunakan nitrogliserin untuk meretakkan formasi.
retak seriburetak seribuKesenianSeni BatikCorak batik yang berupa retak bebas dan tidak tersusun dengan meretakkan lilin sama ada dengan celup rancang, mengirik atau meramasnya sebelum dicelup warna.
hydraulic fracturingperetakan hidraulikKejuruteraanPetroleumSinonim : 1. peretakan 2. peretakan formasi Salah satu kaedah perangsangan pengeluaran bagi meningkatkan daya pengeluaran telaga dengan cara meretakkan formasi produktif secara mekanisme hidraulik. Dalam kaedah ini, bendalir disuntikkan ke dalam formasi melalui selongsong atau tetiub dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar yang boleh diterima oleh matriks formasi sehingga terbentuk retakan pada batuan formasi berkenaan. Rujuk : perangsangan.
nitro shootingpenembak nitroKejuruteraanPetroleumProses perangsangan formasi yang pertama kali digunakan di Pennsylvania sekitar 100 tahun yang lalu. Dalam kaedah ini nitrogliserin diletakkan di dalam telaga dan kemudiannya diletupkan untuk meretakkan batuan. Biasanya diletakkan juga pasir dan kerikil di atas cas bahan letupan tersebut untuk meningkatkan kecekapan letupan tersebut. Sekarang kaedah ini sudah tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan kaedah peretakan formasi.

Kembali ke atas