meridian angle difference | perbezaan sudut meridian | Matematik | Tiada | Perbezaan di antara dua sudut meridian, terutama meridian di antara sudut meridian jasad samawi dengan nilai yang digunakan sebagai argumen yang dimasukkan ke dalam jadual. Hour angle difference. |
celestial meridian | meridian samawi | Matematik | Tiada | Unjuran meridian bumi pada sfera samawi meridian samawi mana-mana tempat di bumi ini adalah bulatan besar serta sfera samawi yang merentasi kutub samawi, zenit dan nadir, yang menyilangi ufuk betul-betul memisahkan utara dengan selatan. |
first meridian | meridian pertama | Matematik | Tiada | Meridian utama yang menjadi tempat untuk menentukan longitud. Contohnya meridian Greenwich telah dipilih dengan persetujuan ramai. |
meridian instruments | alat meridian | Matematik | Tiada | Peralatan yang direka dan digunakan untuk mencerap bintang yang melintasi meridian dengan setepat-tepatnya. Yang paling penting ialah bulatan meridian atau alat transit meridian. |
geomagnetic meridian | meridian geomagnet | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Garis meridian daripada sistem koordinat geomagnet. 2. Sama dengan meridian magnet. |
daylight saving meridian | meridian jimat siang | Matematik | Tiada | Meridian, umumnya 15 darjah di timur zon meridian piawai yang digunakan untuk menentukan waktu jimat siang. |
local meridian | meridian tempatan | Matematik | Tiada | Meridian yang melalui mana-mana tempat tertentu atau pencerap, yang menjadi rujukan waktu tempatan, dan bertentangan dengan meridian Greenwich. |
initial meridian | meridian permulaan | Matematik | Tiada | Bulatan longitud sifar sewenang pada bumi atau planet tertentu atau jasad samawi yang dipetakan, contohnya meridian Greenwich bagi bumi. Prime meridian. |
principle meridian | meridian utama | Geografi | Tiada | Meridian tengah, tempat sebuah sistem grid segi empat di rujuk. |
standard meridian | meridian piawai | Matematik | Tiada | 1. Meridian yang digunakan untuk menentukan waktu piawai, biasanya longitud yang dapat dibahagi dua dengan 15 dengan tepat. |