plunder | rampasan | Sejarah | Tiada | Perbuatan merompak, merampas, mengganas dengan menggunakan kekerasan oleh seorang atau kumpulan. |
buccaneer | lanun | Sejarah | Tiada | Orang yang merompak, merampas dan membunuh di laut untuk mencari keuntungan. |
razzias | serang rompak | Sejarah | Tiada | Perbuatan menyerang, merompak dan menghancurkan pihak lawan dengan kekerasan dan pertumpahan darah. |
dacoit | penjahat | Sejarah | Tiada | Golongan penjenayah di India dan Burma yang merompak dan membunuh secara berkumpulan dalam sejarah kedua-dua buah negara tersebut. |
execution | pelaksanaan; penyempurnaan; pembunuhan | Sejarah | Tiada | 1. Perihal pelaksanaan atau penyempurnaan tugas yang diamanahkan.,2. Perbuatan merampas dan merompak yang dilakukan oleh pihak tentera ke atas orang awam. |
إقامة الحد | pelaksanaan hukum had | Agama Islam | Fiqh | Melaksanakan hukuman keseksaan yang telah ditentukan oleh Allah pada kesalahan jenayah iaitu zina, tuduhan kepada perempuan mukmin melakukan zina, meminum arak, mencuri, merompak, menderhaka dan murtad. |
opportunity crime | jenayah peluang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan apabila adanya peluang yang sesuai. Jenayah ini dilakukan tanpa perancangan awal. Contohnya, ketiadaan orang lain di kawasan yang sunyi memberikan peluang kepada penyerang untuk merompak mangsa. |