Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.sin] | ميسين

Definisi : (mésin) alat atau perkakas yg meng­gunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelas­kan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang sim­panan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk mena­yangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.sin] | ميسين

Definisi : alat yg memberi tenaga atau daya dan memungkinkan kita menggerakkan atau melakukan sesuatu dgn mudah; jentera; pesawat. ~ cetak mesin utk mencetak buku dll. ~ gerudi mesin utk mengorek lubang. ~ getah alat utk mengeping getah yg telah dibekukan. ~ jahit mesin utk menjahit. ~ kira (hitung) mesin utk menghitung. ~ rencam a. mesin yg gunanya bermacam-macam. b. mesin yg rumit. ~ taip mesin utk menaip. memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: Emaknya sedang menolong bapanya ~ getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera

Peribahasa

236

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
industrial robotrobot perindustrianEkonomiTiadaMesin-mesin yang boleh berfungsi menjalankan kerja-kerja yang biasanya berulang kali dilakukan oleh manusia dalam aktiviti pengeluaran.
pressakhbar; percetakan; tekan; penekanKejuruteraanTiadaMesin-mesin yang menggunakan tekanan untuk memegang bahan kerja, untuk memotong atau membentuk bahan, atau untuk memampatkan pepejal dan bendalir.
cutter headkepala pemotongKejuruteraanTiada1. Gelang yang membawa pemotong-pemotong bar penjaraan.,2. Bar tempat peralatan pemotongan pada mesin larik atau mesin-mesin lain.
proving ringgelang pembuktianKejuruteraanTiadaGelang yang digunakan untuk penentukuran mesin-mesin ujian, dengan garis pusat gelang berubah apabila daya dikenakan di sepanjang suatu garis pusat.
total capacityupaya penuhEkonomiTiadaOutput maksimum yang dapat dikeluarkan berterusan dengan menggunakan teknologi, loji dan mesin-mesin yang sedia ada, walaupun kadang-kadang konsep ini mengambil kira juga buruh yang sedang bekerja.
control panelpanel kawalanKejuruteraanTiada1. Bentuk kawalan kekunci untuk memudahkan perhubungan sistem. (,2. Unit yang mengandungi kawalan-kawalan jurutera.,3. Papan palam bagi mesin-mesin kad penebuk.
machinery and equipmentmesin dan kelengkapanEkonomiTiadaPembuatan keluaran mesin, alat-alat mesin, dan aktiviti memperbaik mesin.
burnishermesin pengilatPentadbiran PerniagaanTiada2. Mesin pengilat: Mesin untuk mengilat sudu dan garpu.
washermesin basuh; sesendalSosiologiTiada1. Mesin basuh: Mesin untuk membasuh.
code tapepita berkodPerpustakaanTiadaJalur kertas, filem, atau bahan-bahan lain yang mengandungi kod elektronik atau kod bertebuk untuk menggerakkan mesin taip, mesin pengatur huruf atau mesin yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas