Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang simĀ­panan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
downtimemasa rosakTeknologi MaklumatTiadaTempoh masa komputer atau rangkaian dalam keadaan tidak berfungsi. Contohnya mesin juruwang automatik (ATM) yang tidak boleh berfungsi disebabkan oleh kerosakan rangkaian. Banding masa hidup.
ATM (automated teller machine)ATM (mesin juruwang automatik)Teknologi MaklumatTiadaMesin yang membolehkan urus niaga bank dilaksanakan melalui kod laluan dan arahan khas yang dimasukkan.
data base transactiontransaksi pangkalan dataTeknologi MaklumatTiadaProses interaksi atau aktiviti yang dibuat dengan sistem pengurusan pangkalan data atau sistem seumpamanya. Transaksi ini adalah yang koheren dan boleh dipercayai serta bebas daripada transaksi lain. Contohnya maklumat pengeluaran wang pada mesin juruwang automatik akan direkodkan dalam sistem pengurusan pangkalan data MEPS.
default passwordkata laluan lalaiTeknologi MaklumatPerisianKata laluan yang pertama kali diberikan kepada individu apabila mereka menjadi pengguna sesuatu sistem. Pengguna biasanya akan menukar kata laluan ini sebaik sahaja dapat mencapai sistem. Hal ini kerana kata laluan lalai boleh diketahui oleh mana-mana pengguna lain yang menggunakan sistem tersebut. Contohnya, pengguna mesin juruwang automatik (ATM) akan diberikan kata laluan lalai pada pertama kali menggunakan kad ATM. Pihak bank biasanya akan menasihatkan pengguna agar menukar kata laluan lalai dengan kata laluan baharu.
leased linelitar sua/talian pajakTeknologi MaklumatTiadaSaluran komunikasi yang disewa daripada pembekal perkhidmatan Internet (ISP) khusus untuk kegunaan penyewa sahaja. Litar ini disambung di antara dua lokasi penyewa secara kekal (sepanjang masa). Talian ini boleh digunakan untuk perkhidmatan suara, data atau Internet. Kelebihan litar ini adalah terdedikasi dan kadar sewaan bulanan/tahunan yang tetap. Contohnya sistem litar mesin juruwang automatik (ATM).

Kembali ke atas