Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wu.jud.kan] | موجودکن

Definisi : 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wu.jud.kan] | موجودکن

Definisi : 1 menjadikan benar-benar ada. 2 melaksanakan cita-cita dll. 3 menerangkan atau memperlihatkan dgn benda yg nyata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mewujudkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
economic communitykomuniti ekonomiUndang-undangTiadaKesatuan ekonomi antara beberapa negara yang bertujuan menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal sebagai langkah permulaan untuk mewujudkan mata wang bersama, mewujudkan tarif yang sama terhadap negara di luar komuniti dan menghapuskan sekatan perdagangan antara negara dalam komuniti.
inequalityketaksamaanSains PolitikHubungan AntarabangsaKetakseimbangan dalam hubungan antarabangsa berkaitan dengan tahap pembangunan dan sumber seperti ketenteraan, ekonomi, sains dan teknologi serta pendidikan. Perbezaan ini mewujudkan ketakseimbangan hubungan antarabangsa dan mewujudkan kategori seperti negara utara dengan negara selatan atau negara maju dengan negara sedang membangun.
baffle plateplat sesekatKejuruteraanPetroleumSinonim : sesekat Plat yang diletakkan pada laluan aliran bendalir dan bertindak sebagai pembatasan atau penghalang separa. Plat ini digunakan untuk mengubah arah aliran bendalir, memangu aliran, mewujudkan proses percampuran di dalam tangki atau mewujudkan proses pemisahan di dalam sesuatu tangki.
special mechanical effectkesan khas mekanikalKomunikasiKorporatKesan audiovisual yang dihasilkan khusus bagi mewujudkan suasana bermakna kepada sesuatu acara. Keadan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan ciptaan seni, seperti kertas, asap, air, kabus, bahan pewarna, lampu, dan peralatan lain yang berkaitan. Penggunaan bahan ciptaan ini perlu digabungkan dengan peralatan audiovisual, mesin mekanikal, teknologi berkomputer, dan perisian multimedia. Dalam komunikasi korporat, pengurusan atau pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas mekanikal bagi mewujudkan daya tarikan khalayak. Melalui kaedah ini, khalayak akan lebih memberikan tumpuan pada acara yang dijalankan. Contohnya, acara pelancaran buku, pelancaran model kereta terbaharu, dan pelancaran barangan amanah saham akan lebih mendapat perhatian. Dalam bidang pengiklanan, kesan khas mekanikal digunakan untuk menghasilkan iklan jalanan yang memberikan kesan pergerakan, kesan pertukaran warna, dan kesan lain yang diperlukan. Kerja pencipt
brand buildingpembangunan jenamaKomunikasiKorporatProses membangunkan citra dan kedudukan jenama. Matlamat aktiviti ini adalah untuk mewujudkan kesan jangka panjang dari segi pengetahuan dan kesedaran jenama. Selain itu, proses ini bertujuan untuk mengukurhkan kedudukan jenama dalam pasaran terutama apabila barangan menghadapi saingan. Aktiviti ini boleh juga dilakukan untuk membangunkan jenama baharu atau membangunkan semula jenama yang tidak mendapat sambutan dalam pasaran. Proses membangunkan jenama melibatkan kesemua proses komunikasi dari peringkat mewujudkan kesan pengetahuan dan kesedaran sehingga kepada kesan pengamalan dan penggunaan barangan atau perkhidmatan.
instrument creating the trustsurat cara yang mewujudkan amanahUndang-undangTiadaTiada
orthogonalizationpengortogonanMatematikTiadaProses mewujudkan keadaan ortogon.
createciptaSejarahTiadaPerbuatan mewujudkan, mengadakan, menjadikan, menghasilkan atau melahirkan sesuatu yang baharu, berlaku dalam revolusi atau zaman pembaharuan.
polarisationpengutubanKejuruteraanTiadaProses mewujudkan pemisahan separa bagi cas elektrik yang berlawanan tanda di dalam suatu jasad.
gallinggaharKejuruteraanTiadaProses mewujudkan permukaan kasar yang disebabkan oleh kimpalan dan gelupasan pada dua permukaan yang bergeser berlebihan.
12345678910...

Kembali ke atas