Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.li.ta.ris.me] | ميليتاريسمى

Definisi : faham ketenteraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata militarisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
militarismmilitarismeUndang-undangUndang-undang AntarabangsaDasar pemerintahan yang berasaskan jaminan keselamatan yang terletak pada kekuatan ketenteraan. Dasar pemerintahan ini merupakan satu kepercayaan atau matlamat sesebuah kerajaan bagi sesebuah negara untuk mengekalkan keupayaan ketenteraan yang kuat dan bersedia untuk menggunakannya secara agresif untuk menjaga kepentingan negara. Dasar ini memberikan kedudukan yang lebih utama kepada pertimbangan ketenteraan dalam budi bicara berbanding kekuatan politik yang lain. Individu atau pihak yang terlibat dalam perkhidmatan militari turut mendapat layanan istimewa daripada pihak berkuasa. Pengaruh dan kekuatan militari diambil kira ketika membuat keputusan dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang awam. Pengaruh ini sangat jelas dalam sejarah pelbagai kerajaan, khususnya apabila pihak berkenaan terlibat dalam peluasan kuasa, misalnya Jepun, Britain, Jerman (Nazi), Kesatuan Soviet dan Iraq (ketika pemerintahan Saddam Hussien).
militarismfaham ketenteraan/militarismeSains PolitikPolitik PerbandinganTiada

Kembali ke atas