Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.no.ri.ti] | مينوريتي

Definisi : golongan kecil orang yg sama ketu­runan, agama, budaya, dsb yg tinggal di sese­buah tempat (negara, daerah, dsb) yg majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, dsb: kaum ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.no.ri.ti] | مينوريتي

Definisi : golongan kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata minoriti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
minorityminoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang lebih kecil berbanding dengan kelompok lain dalam sesebuah masyarakat. Dalam konteks sosial dan politik, minoriti tidak membawa makna bilangan sahaja tetapi juga kedudukannya yang lebih terpinggir, tidak mendapat keutamaan, tidak berkuasa, dan sering dieksploitasi. Golongan minoriti mempunyai semangat kekitaan dan sentimen yang kuat. Semangat ini dilahirkan sama ada melalui latar budaya, bahasa, agama, adat atau tradisi yang sama. Golongan minoriti juga terbentuk melalui penghijrahan satu kelompok ke negara lain seperti minoriti India di Malaysia atau kesan daripada struktur masyarakat yang sedia majmuk apabila kaum yang kecil saiznya dianggap sebagai minoriti seperti Melayu di Thailand dan Champa di Cambodia.
minority rulepemerintahan minoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang diperintah oleh golongan minoriti. Pemerintahan ini membawa maksud satu kaum atau kelompok yang menguasai sesuatu kawasan atau kerajaan yang terbentuk hasil daripada keputusan pilihan raya yang gagal melahirkan satu parti yang dominan. Kerajaan minoriti yang dikuasai oleh satu kaum seperti pemerintahan Aparteid di Afrika Selatan pada dekad 1980-an manakala kerajaan minoriti pula seperti yang pernah wujud di India pada dekad 1990-an. Hal ini tidak bermakna kerajaan ini dikuasai oleh satu kaum sahaja sebaliknya dikuasai oleh satu parti yang mendapat mandat daripada anggota parlimen yang lain.
tyranny of the majoritytirani majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi.
minority rightshak golongan minoritiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak kelompok kecil orang yang sama keturunan, agama, bahasa, dan budaya yang tinggal di sesebuah negara, daerah atau tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, bahasa dan budaya. Hak golongan tersebut terbahagi kepada dua, iaitu pertama, hak normal individu seperti hak untuk hidup dan hak kepada harta, dan kedua, hak bersama. Hak bersama merangkumi hak untuk mengamalkan budaya sendiri, menganuti dan mengamalkan agama sendiri, serta menggunakan bahasa sendiri. Bagi orang kelainan upaya, hak mereka termasuklah hak mengakses kemudahan awam, informasi dan pekerjaan, serta hak mendapat pendidikan secara inklusif. Hak golongan minoriti hendaklah dijamin oleh kerajaan agar mereka terpelihara daripada diskriminasi, penganiayaan dan penindasan. Hak golongan minoriti ada disentuh oleh Waad Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.
minorityminoritiKependudukanTiadaTiada
minorityminoritiSains PolitikTiadaTiada
minorityminoritiUndang-undangTiadaTiada
minorityminoritiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
ethnic minorityminoriti etnikGeografiTiadaTiada
linguistic minorityminoriti linguistikKependudukanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas