Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.sa.lan] | ميثلن

Definisi : umpama, perumpamaan (per­bandingan), contoh; ~ kata andai kata, seandainya; ~nya contoh­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.sa.lan] | ميثلن

Definisi : sesuatu yg dijadikan perbandingan; umpama; contoh: Itu hanya ~ saja, bukan sungguh-sungguh. ~ kata andai kata; seandainya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
misal
Kata Terbitan : misalan, misalnya, memisalkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kam
assumptionandaianSejarahTiada3. Contoh atau misalan yang tidak semestinya merupakan suatu kenyataan.
paramyxovirusparamiksovirusBiologiMikrobiologiVirus yang menyerupai virus miksovirus. Misalan virus ini ialah virus distemper dan sampar ayam.
antiviral/antivirusantivirusBiologiMikrobiologiBahan yang merencatkan kesan virus. Misalan antivirus ialah interferon
neutralneutralKimiaTiada1. Berkaitan dengan zarah yang tidak mempunyai cas elektrik. Misalan zarah neutral ialah neutron dan atom. 2. Berkaitan dengan larutan yang bukan asid dan bukan bes. Nilai pH larutan neutral ialah 7.
anaerobe/anaerobicanaerobBiologiMikrobiologiOrganisma yang tidak memerlukan oksigen bebas untuk melakukan respirasi. misalan anaerob ialah bakteria denitrifikasi.
antigenantigenBiologiMikrobiologiProtein asing yang merangsang sel limfosit untuk menghasilkan antibodi padanannya. misalan antigen ialah bakteria, virus atau bahan asing yang mengandungi protein.
fixed vectorvektor tetapMekanikGunaanVektor yang mempunyai titik kenaan yang unik. kesan tindakan vektor ini akan berubah jika kedudukannya diubah. Misalan vektor tetap ialah daya yang bertindak pada zarah (yakni zarah berkenaan ialah titik kenaan daya itu). kadangkala ia juga dinamai vektor terikat.
aromaticitykearomatikanKimiaTiadaCiri sebatian kimia arimatik yang mempunyai ikatan pi tak setempat di dalam gelang dan struktur ini distabilkan oleh resonans. salah satu ciri kearomatikan ialah sebatiannya mengalami tindak balas penambahan. Misalan sebatian yang menunjukkan kearomatikan ialah benzena dan terbitannya.
antibioticantibiotikBiologiMikrobiologiBahan yang dihasilkan oleh mikroorganisma, dan berupaya merencatkan pembiakan dan pertumbuhan mikroorganisma lain. antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma, terutamanya bakteria. antibiotik yang pertama ditemui ialah penisilin, yang dihasilkan oleh kulat penisillium notatum. misalan antibiotik termasuklah streptomisin, aureomisin, kloromisin, dan tetramisin.
12

Kembali ke atas