Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.li.tik] | مونوليتيک

Definisi : merujuk kpd suatu kesatuan yg besar dan sukar diubah: pemerintahan ~; individu mudah tenggelam dlm sistem pasaran yg meluas dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monolitik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monolithicmonolitikKesenianSeni BinaBerkaitan dengan struktur yang besar, teguh dan berkarakter, biasanya diperbuat daripada bongkah batu tunggal berbentuk seperti tiang atau tugu. Istilah monolitik sering dikaitkan dengan penggunaan batu potong yang berasal dari Zaman Prasejarah dan ia masih melekat pada batu pepejal yang digunakan pada gereja monolitik di Ethiopia dan tiang monolitik di Mesir.
monolithic converterpenukar monolitikKejuruteraan AutomotifEnjinLihat penukar bermangkin monolitik.
monolithic partyparti monolitikSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang mempunyai kedudukan yang sangat signifikan dalam masyarakat. Parti jenis ini memiliki ciri-ciri seperti sangat dominan, bersaiz besar, sukar diatasi oleh parti lain, mempunyai tahap kesepaduan dan ketahanan yang tinggi serta pengalaman yang banyak. Ciri-ciri ini telah menjadikan kedudukan parti ini sukar dicabar. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dapat dianggap sebagai parti monolitik memandangkan kedudukannya yang diterima ramai. Sinonim parti teguh.
monolithic catalytic converterpenukar bermangkin monolitikKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk indung madu atau sarang lebah yang diperbuat daripada seramik. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap dan laluan gas ekzos yang lebih lancar dan kurang kehilangan tekanan. Sinonim penukar monolitik Banding penukar bermangkin lapisan berpelet.
monolithicmonolitikFizikTiadaTiada
monolithic sculpturearca monolitikKesenianTiadaArca besar yang mempunyai satu bentuk tunggal.
monolithic arraytatasusunan monolitikTeknologi MaklumatPerisianKonfigurasi asas yang secara fizikalnya agak besar dan tidak dapat dimuatkan dalam kabinet rak yang piawai. Konfigurasi ini lebih sesuai untuk persekitaran yang berskala besar. Sistem storan seperti ini menyediakan protokol bagi kerangka utama sebagai tambahan kepada saluran gentian dan iSCSI bagi sistem terbuka SAN. Contohnya, EMC Symmetrix, Fujitsu ETERNUS 8000/6000, Hitachi Lightning &TagmaStore USP dan Sun StorEdge 99xx.
monolithic partyparti monolitikSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
monolithic pavementturapan monolitikLandskapTiadaTurapan yang dibina berlapis-Iapis dan mempunyai permukaan yang padat untuk memerangkap air atau sampah. Contohnya, konkrit dan asfalt.
monolithic integrated circuitlitar bersepadu monolitikTeknologi MaklumatTiadaLitar bersepadu yang menggunakan bahan aktif seperti semikonduktor silikon, untuk membentuk landasan atau dasar tempat komponen dilekatkan.
12

Kembali ke atas