ketose | ketosa | Perubatan | Tiada | Monosakarida atau terbitan monosakarida yang mempunyai kumpulan keton. |
ketose | ketosa | Kimia | Biokimia | Monosakarida atau terbitan monosakarida yang mempunyai kumpulan keton. |
aldose | aldosa | Kimia | Biokimia | Kumpulan monosakarida polihidroksi aldehid atau terbitannya yang mengandungi kumpulan aldehid pada C-1. Monosakarida pentosa dan heksosa, seperti D-glukosa, penting dalam biokimia. |
pentose | pentosa | Perubatan | Tiada | Monosakarida semula jadi yang terdiri daripada lima atom karbon dalam satu molekul dengan formula umum C5H10O5. Monosakarida ini wujud dalam bentuk kompleks semula jadi, seperti pentosan, glikosida dan asid nukleik. |
acid mucoplysaccharide | asid mukopolisakarida | Kimia | Biokimia | Kumpulan heteropolisakarida yang lazimnya mengandungi dua jenis unit monosakarida berselang-seli. Salah satu daripada monosakarida ini mengandungi kumpulan asid dalam bentuk kumpulan karboksil atau sulfurik. Semua sebatian ini berkompleks dengan protein-protein yang khusus, seperti asid hialuronik, kondroitin, hepasin dan sebagainya. |
monosaccharide | monosakarida | Kimia | Biokimia | Gula ringkas yang tidak dapat dihidrolisiskan kepada gula yang lebih ringkas. Gula ini mempunyai formula umum C11H20O11, dengan n yang bernilai 5 dan 6 merupakan gula yang terpenting dan wujud secara semula jadi. Monosakarida dapat wujud dalam bentuk polihidroksi aldehid iaitu aldosa, atau polihidroksi keton, iaitu ketosa. Gula tersebut dinamakan pentosa apabila n = 5, dan heksosa apabila n = 6. Gabungan kedua-dua penamaan ini menghasilkan kumpulan sebatian yang dikenal sebagai aldopentosa seperti ribosa dan arabinosa, ketopentosa seperti ribulosa dan xilulosa, aldoheksosa seperti glukosa dan manosa, dan ketoheksosa seperti fruktosa dan serbosa. Gula yang lebih konpleks biasanya terbentuk daripada gabungan sebatian-sebatian ini. Gula ini larut di dalam air dan aktif optik dalam keadaan terlarut itu. lih. karbohidrat. |
polysaccharide | polisakarida | Kimia | Tiada | Kumpulan karbohidrat yang terdiri daripada penggabungan banyak unit monosakarida. Sekiranya polisakarida dipecahkan secara hidrolisis, molekul polisakarida yang lebih kecil, iaitu disakarida dan monosakarida terbentuk. Misalnya, selulosa, glikogen dan kanji. |
mannose | manosa | Kimia | Biokimia | Monosakarida jenis aldoheksosa dan merupakan salah satu isomer glukosa. Bahan ini yang wujud sebagai hablur tanpa warna, larut di dalam air dan berasa manis, terdapat dalam dua bentuk aktif optik, iaitu bentuk dekstro dan levo. Monosakarida D-manosa yang dapat diperoleh daripada hidrolisis manan, digunakan dalam penyelidikan biokimia. |
monosaccharide | monosakarida | Fizik | Tiada | Tiada |
monosaccharide | monosakarida | Geologi | Tiada | Tiada |