al-mu'amalat | transaksi komersial/muamalat | Ekonomi | Tiada | Tiada |
al-mu'amalat | transaksi komersial/muamalat | Ekonomi | Tiada | Tiada |
الجامع | Kitab Jāmi’ | Agama Islam | Hadith | Kumpulan Ḥadīth yang disusun merangkumi semua bab termasuk aqidah, ibadat, muamalat dan sebagainya. |
mushtari | pembeli | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang membeli barangan dengan membayar harga. Pembeli mestilah sempurna akal fikiran, baligh, waras, tidak disekat daripada menguruskan muamalat dan tidak dipaksa menjalankan akad. |
wilayah | kuasa pengawasan | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi, bagi membentuk akad dan melaksanakannya serta menguruskan sebarang urusan muamalat untuk dirinya atau bagi pihak lain. |
ba’i‘ | penjual | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang memiliki atau mempunyai kuasa menyerahkan stok dalam urusan jual beli. Penjual mestilah sempurna akal, matang, waras, tidak disekat daripada menguruskan muamalat dan tidak dipaksa menjalankan akad. |
Commercial Bank | Bank Perdagangan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi kewangan yang diberi kebenaran khusus untuk menerima deposit melalui akaun semasa di samping akaun tabungan dan akaun pelaburan. Institusi kewangan lain tidak dibenarkan menawarkan akaun semasa. Terdapat sebahagian bank perdagangan yang menawarkan produk kewangan berasaskan syariah seperti Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. |
‘aqd munjiz | akad berkuat kuasa segera | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak dengan lafaz tanpa syarat. Contohnya, pernyataan "Saya jualkan kereta ini dengan harga RM 40 000 kepada awak" dan dijawab "Saya terima". Akad jual beli ini memberi kesan segera apabila memenuhi rukun dan syaratnya, dan berlaku pertukaran dan bayaran. Walau bagaimanapun, terdapat dua bentuk akad munjiz yang tidak terlaksana secara segera, iaitu akad wasiat dan akad melantik wasi. Kedua-dua akad muamalat ini berkuat kuasa secara mutlak selepas kematian pewasiat atau wali. Sinonim lafaz berkuat kuasa segera. |
milk naqis | pemilikan tidak sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Pemilikan sesuatu benda sahaja sama ada barang atau faedah. Contoh pemilikan barang sahaja ialah hak pemilikan waris terhadap harta, rumah atau kereta sedangkan faedah menduduki rumah atau menggunakan kereta telah diwasiatkan untuk tempoh tertentu bagi dinikmati oleh pihak penerima wasiat. Contoh pemilikan faedah sahaja ialah penyewa jentera memiliki hak menikmati faedah penggunaannya dalam akad ijarah. Pemilikan barang sahaja dikenali sebagai milk ‘ain atau milk riqbah. Pemilikan faedah sahaja dikenali sebagai milk manfa‘ah. Milk manfa‘ah boleh wujud dalam muamalat pinjaman barangan, sewaan, wakaf, wasiat dan ibahah. Sinonim milk da‘if. |