Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la.i] | مولاءي

Definisi : 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.la.i] | مولاءي

Definisi : bermula dr: ~ sekarang, kamu tidak boleh bermain di situ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mulai

Puisi
 

Tahu sudah titian licin,
     Adik jua jalan dahulu;
Tahu sudah kita miskin,
     Gilanya adinda mulai dahulu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sudah tercium baunya.

Bermaksud :

Rahsia atau kejahatannya sudah mulai diketahui.

 

Lihat selanjutnya...(4)

476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
initial conditionkeadaan mulaMekanikGunaanKeadaan yang wujud pada masa sesuatu sistem mulai dianalisis. Keadaan mula digunakan sebagai syarat sempadan dalam analisis. Dalam masalah dinamik misalnya, keadaan mula ialah keadaan yang wujud pada masa sifar, iaitu ketika ukuran mulai dibuat.
pick-uppungutanKejuruteraanPetroleum1) Titik pada lengkung log yang direkod dari telaga tempat lengkung berkenaan mulai berubah akibat daripada perubahan keadaan lingkungan lubang telaga yang berkenaan. 2) Kedalaman lubang telaga tempat perkakas pengelogan yang digunakan di dalam operasi tinjauan mulai terangkat dari dasar lubang telaga. Kedalaman ini biasanya ditunjukkan oleh pergerakan lengkung dan peningkatan tegangan kabel yang digunakan sebagaimana yang ditunjukkan oleh penunjuk berat.
shotgun startmulai serentakSukanTiadaTiada
pre-penetration periodkala prapenembusanBiologiPatologiTempoh mulai daripada inokulum berada di dalam persekitaran perumah (misalnya rizosfera) hingga tisu perumah berjaya ditembusi oleh inokulum tersebut. Dalam tempoh ini, patogen dipengaruhi oleh mikroiklim, dan eksudat yang dihasilkan oleh perumah.
aftermathtaruk baruPerhutananPengurusan HutanBahagian tumbuhan yang mulai tumbuh pada batang atau dahan selepas dicantas. tunas.
crowningpengkoronaanPerubatanTiadaPeringkat kelahiran apabila kulit kepala fetus mulai kelihatan.
calendar durationtempoh kalendarPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh satu tahun mulai 1 Januari sehingga 31 Disember dalam tahun yang sama.
floc pointtakat bukuKejuruteraanTiadaSuhu apabila cecair lilin mulai membuku.
embrittlement temperaturesuhu perapuhKejuruteraanTiadaHad suhu minimum logam aloi mulai menjadi rapuh.
rock fracturing pressuretekanan retak batuanKejuruteraanTiadaTekanan yang menyebabkan batuan mulai retak.
123456

Kembali ke atas