breaking point (of breath holding) | takat tahan nafas (penahanan nafas) | Perubatan | Tiada | Tiada |
breath control | kawal nafas | Kesenian | Tiada | Teknik menyimpan nafas panjang dan tidak tersekat-sekat. |
breath holding spell | sela nafas | Perubatan | Tiada | Keadaan nafas terhenti sementara dalam tempoh yang tidak melebihi satu minit, biasanya berlaku pada kanak-kanak yang sedang menangis, marah, sakit atau takut. |
bobbing | timbul tenggelam | Sukan | Tiada | Perlakuan menarik nafas di atas permukaan air dan menghembus nafas dalam air. Ini merupakan satu kaedah untuk memulihkan pernafasan ke tahap normal. |
hypoxic drill | latih tubi hipoksis | Sukan | Tiada | Latih tubi nafas untuk menambah kapasiti paru-paru. Perenang perlu menguak beberapa kitaran sebelum mengambil nafas. Latihan ini berguna untuk acara renang pecut. |
paradoxical breathing | pernafasan paradoksikal | Perubatan | Tiada | Keadaan bentuk pernafasan yang tidak normal, iaitu semasa menarik nafas, dinding dada bergerak ke dalam dan sebaliknya semasa menghembus nafas. |
paradoxical breathing | pernafasan paradoksikal | Kejururawatan | Tiada | Keadaan bentuk pernafasan yang tidak normal, iaitu semasa menarik nafas, dinding dada bergerak ke dalam dan sebaliknya semasa menghembus nafas. |
byssinosis | bisinosis | Kimia | Forensik | Penyakit paru-paru yang dihidapi oleh pekerja kilang atau industri kapas. Penyakit ini disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap debu atau kulat dalam gentian kapas, flaks, dan hem. Had pendedahan terhadap debu atau kulat tersebut ialah 0.2 mg/m3 Gejalanya termasuk sesak nafas, batuk dan nafas berdehit. Penyakit ini dapat sembuh pada peringkat awa!. Walau bagaimanapun, pendedahan selama beberapa tahun boleh menyebabkan saluran udara tersumbat, bronkitis, emfisema, dan akhirnya kegagalan paru-paru. |
breath | nafas | Linguistik | Tiada | Tiada |
rebreathing | nafas ulang | Perubatan | Tiada | Keadaan apabila pesakit menyedut semula gas ekspiratori di litar anestesia atau beg takungan yang boleh meningkatkan karbon dioksida darah. |