flight | larian tangga | Kesenian | Hiasan Dalaman | Struktur binaan berbentuk deretan tangga secara menegak, melengkung atau bulat. Binaan ini membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar. |
accommodation ladder | tangga sisi | Sukan | Pelayaran | Tangga pada sisi kapal yang membolehkan anak kapal turun atau naik dari kapal ke daratan atau dari daratan ke kapal. |
ladder | tangga | Kejuruteraan | Tiada | 1. Suatu struktur, biasanya mudah alih, yang digunakan untuk memanjat naik dan turun. Ia mengandungi dua sisi yang selari dan disambungkan oleh anggota-anggota silang yang bertindak sebagai tempat berpijak.,2. Timba tanah liat bagi kapal korek timba bertangga. |
log haul-up-hoist | pelantar penaik balak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Satah condong tempat kayu balak diangkat naik dan diangkut masuk ke dalam kilang papan menggunakan kabel dan rantai yang bergerak berterusan. Pelantar ini juga disebut pelantar penaik atau tangga penaik. |
bedding trenches | parit undak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Sistem ekskavasi yang dilakukan secara bertingkat kedalamannya pada setiap petak yang menggunakan kaedah petak. Keadaannya bertingkat seperti tangga yang semakin meninggi atau menurun pada bahagian petak bersebelahan. Tujuannya untuk melihat keadaan lapisan budaya dan tinggalan fitur pada setiap petak serta memudahkan melihat kesinambungan data konteks. Di samping itu, sistem ini memudahkan pekerja turun naik mengangkut tanah keluar dari petak. |