Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na/] | نق

Definisi : kep hendak: apa ~ dimakan semua ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na/] | نق

Definisi : kep anak: ambillah duit ini, ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nak

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(384)
Peribahasa

Nak ditelan termengkelan,
     nak diludah tak keluar.

Bermaksud :

Dalam keadaan yang serba salah.

 

Lihat selanjutnya...(15)

389

Mind your own business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Gerundang, tinggallah di kubangan

'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

'' Gerundang, tinggallah di kubangan. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
NAKNAKTeknologi MaklumatTiadaLihat pemberitahuan negatif
negative acknowledgement attack (NAK attack)serangan pemberitahuan negatif (serangan NAK)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan yang melibatkan kod kawalan pengesahan negatif, iaitu kod NAK disalahgunakan untuk memproses capaian kepada sistem sasaran. Saluran NAK oleh komputer penerima biasanya memberitahu komputer penghantar bahawa maklumat yang diterima adalah tidak betul atau rosak. Serangan ini pula melibatkan pengeksploitasian kelemahan cara komputer penerima mengendali sehutan tersebut sehingga komputer penerima mungkin terdedah kepada pencerobohan.
NAK (negative acknowledgement)NAK (pemberitahuan negatif)Teknologi MaklumatTiadaLihat NAC (negative acknowledgement character)
rhythmic patteningpemolaan beriramaKesusasteraanTiadaBentuk-bentuk berirama yang mempunyai pola-pola khusus. Contoh: bahasa berirama mengenai alamat hari nak siang dalam cerita lipur lara.
anabasisanabasisKesusasteraanPuisiGaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ...
NAC (negative acknowledge character)NAC (aksara akuan negatif)Teknologi MaklumatTiadaKod komunikasi yang bermaksud pakej yang dihantar tidak diterima. Sinonim NAK (negative acknowledgement)
YmodemYmodemTeknologi MaklumatTiadaProtokol pembetulan ralat bagi modem yang menggunakan blok data yang besar untuk kecekapan tinggi. Modem yang menggunakan protokol ini menghantar data dalam blok 1024 bait. Blok yang berjaya diterima tidak dimaklumkan. Blok yang mempunyai ralat dimaklumkan dengan pemberitahuan negatif (NAK) dan akan dihantar semula. Ymodem menggunakan kaedah semakan lewahan kitar(CRC) untuk mengesan ralat. Ymodem adalah hasil pengubahsuaian Xmodem melalui penyediaan mod kelompok.
lyric songnyanyian lirikKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat.
XmodemXmodemTeknologi MaklumatTiadaProtokol pembetulan ralat untuk modem yang dicipta pada tahun 1978 oleh Ward Christensen dan menjadi piawai de facto. Modem yang menggunakan protokol ini menghantar data dalam blok 128 bait. Jika blok berjaya diterima, pemberitahuan positif (ACK) akan dibuat. Jika ralat dikesan, pemberitahuan negatif(NAK) akan dibuat dan blok dihantar semula. Xmodem menggunakan kaedah hasil tambah semak untuk menyemak ralat.

Kembali ke atas