nanometer | nanometer | Fizik | Nanoteknologi | Ukuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm. |
nanometer (nm) | nanometer (nm) | Matematik | Tiada | meter. Nanometer sering digunakan untuk menyatakan panjang gelombang sinaran elektromagnet. |
nanometer (nm) | nanometer (nm) | Fizik | Tiada | Tiada |
nanometer (nm) | nanometer (nm) | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
nanometer (nm) | nanometer (nm) | Kimia | Tiada | Tiada |
nanoscience | nanosains | Fizik | Nanoteknologi | Subbidang sains yang mengkaji fenomena yang berkaitan dengan struktur atau bahan berskala nanometer. Struktur nanometer telah wujud secara tabii seperti DNA dan permukaan sayap kupu-kupu, atau yang dihasilkan secara teknologi seperti nanotiub karbon dan nanozarah. |
ultraviolet astronomy | astronomi/ultraungu | Matematik | Tiada | Sinaran elektromagnet yang panjang gelombangnya antara panjang gelombang cahaya dengan sinar-X, iaitu antara 400 nanometer dengan 2 nanometer. |
nanotribology | nanotribologi | Fizik | Nanoteknologi | Kajian yang berkaitan dengan geseran, haus, lusuh dan pelinciran pada skala nanometer. Contohnya kajian lekatan suatu lapisan berketebalan nanometer ke atas permukaan suatu bahan untuk membuat pelincir dalam industri kereta. Alat yang biasa digunakan untuk kajian nanotribologi ialah mikroskop daya atom (AFM). |
nanofibre | nanogentian | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan yang berasaskan gentian dan berdiameter kurang daripada 100 nanometer. Walau bagaimanapun, dalam industri tekstil diameter gentian boleh mencapai sehingga 1000 nanometer. |
nanoporous structure | struktur nanoliang | Fizik | Nanoteknologi | Struktur bahan yang terdiri daripada liang bersaiz nanometer dan struktur ini dikaitkan dengan keluasan permukaan yang biasanya melebihi beberapa ratus meter persegi per gram dan saiz diameter liang dalam skala nanometer. Contoh bahan yang mempunyai struktur nanoliang ialah zeolit, yang digunakan sebagai penapis molekul dan polimer nanoliang yang digunakan sebagai membran elektrolit bagi sel bahan api. |