hold instruction | suruhan nanti | Komputer | Tiada | Tiada |
waiting on cement | nanti simen | Kejuruteraan | Petroleum | Masa operasi penggerudian atau operasi pelengkapan ditangguhkan untuk menunggu simen di dalam telaga mengeras secukupnya. |
pilot plant | loji perintis | Kejuruteraan | Tiada | Versi kecil bagi logi industri yang dirancang, dibina untuk mendapatkan pengalaman bagi mengendalikan loji sebenar nanti. |
herbal pilot plant | loji perintis herba | Herba | Tiada | Loji industri herba berskala kecil yang dirancang dan dibina untuk mendapatkan pengalaman, data dan maklumat bagi mengendalikan loji sebenar nanti. Contohnya, loji perintis untuk pengekstrakan herba. Sinonim loji pandu herba. |
netcentric | netsentrik | Teknologi Maklumat | Tiada | Syarikat yang menggunakan teknologi Internet dan wujud dalam web untuk mengembangkan usaha perniagaannya. Sesetengah syarikat netsentrik mencipta teknologi Internet untuk syarikat lain. Adalah dijangkakan bahawa pada satu masa nanti, semua syarikat akan menjadi syarikat Internet. Lihat juga websentrik |
kafalah mudfah | jaminan tertakluk masa hadapan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang diberikan tetapi tertakluk pada masa akan datang dan tuntutan tidak boleh dibuat selagi belum sampai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Bulan Ramadan nanti, saya penjamin hutang yang anda telah berikan kepada A" atau "Saya menjamin hutang yang anda akan berikan kepada A". Penjamin tidak boleh dituntut sehingga tiba masa yang disebutkan, walaupun akad hutang yang dilakukan oleh pihak yang dijamin berkuat kuasa serta-merta. Sinonim kafalah tawqitah. |
crop rotation | pergiliran tanaman | Biologi | Patologi | Kaedah bercucuk tanam (berkultur), iaitu menggantikan satu jenis tanaman dengan jenis tanaman lain yang tidak mempunyai hubungan botani yang erat. Salah satu tujuan kaedah ini, ialah supaya tanaman yang akan ditanam itu nanti tidak parah diserang oleh penyakit, kerana penyakit yang menyerang tanaman terdahulu berbeza dengan penyakit tanaman penggilir. |
puisi lagu | puisi lagu | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan dengan gaya dan amanat yang bersahaja, tidak berlebih-lebihan dan mudah dihayati oleh khalayak. Contohnya, petikan puisi "Pak Utih (2)" karya Usman Awang di bawah. Pak Utih punya sepuluh cucu Ditimangnya tiap pagi Dinyanyikannya lagu; timang tinggi-tinggi dapur tak berasap bila besar nanti duduk dalam lokap. |
preliminary convention | konvensi awal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persidangan yang diadakan sebagai persediaan dan pengemasan kerja sebelum persidangan utama diadakan oleh sesebuah pertubuhan khususnya parti politik. Persidangan awal ini sering menampilkan perbincangan agenda dalam persidangan utama kelak, mesyuarat bagi lembaga pengarah atau ketua-ketua negeri atau Exco tertinggi dan perbincangan mengenai perbelanjaan persidangan serta jadual kerja untuk persidangan ulama nanti. Persidangan awal ini dihadiri oleh perwakilan atau ahli jawatankuasa yang terpilih sahaja dan tidak menjemput semua ahli biasa. Contohnya, Parti Demokratik Amerika Syarikat peringkat negeri akan mengadakan konvensi awal ini menjelang persidangan tahunan parti tersebut. Sinonim persediaan awal. |
presidential primary | primari presiden | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persidangan peringkat bawahan dan atasan sesebuah parti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan untuk memilih perwakilan yang akan mengundi calon presiden dari parti tersebut yang bertanding dalam pilihan raya presiden di peringkat pusat. Persidangan berlangsung di peringkat bahagian atau wilayah yang lebih kecil dengan anggota partinya berhimpun dan memilih wakil-wakil yang akan pergi mengundi nanti. Perwakilan ini bebas memilih sesiapa sahaja walaupun dari kawasan lain. Sistem primari ini memperlihatkan pemilihan calon parti dari bawah dan bukannya dari peringkat kepimpinan tertinggi parti. |