new protectionism | fahaman perlindungan baru | Ekonomi | Tiada | Amalan negara-negara maju yang menekankan pentingnya penyekatan perdagangan antarabangsa dengan tujuan mengurangkan persaingan dan sekali gus menggalakkan pengeluaran dalam negeri sebanyak mungkin kemudian baharulah menumpukan kepada kepentingan serantau, dan pengeluaran untuk perdagangan dunia sejagat hanyalah sebagai pilihan terakhir. |
Africa, Caribbean and Pacific (ACP)) | Afrika, Caribbean dan Pasifik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan negara-negara Afrika, Caribbean dan Pasifik yang memerlukan bantuan khas dan skim perdagangan istimewa daripada negara maju. Pembentukan rejim perdagangan dan bantuan khas negara maju khususnya Kesatuan Eropah terhadap ACP telah dimeterai di Yaound�, Cameroon dan Lome, Togo. Terma bantuan Kesatuan Eropah kepada negara ACP selari dengan konvensyen Lome keempat yang dimeterai pada tahun 1990. Namun demikian, kritikan yang kerap dibuat oleh anggota ACP ialah bantuan pembangunan yang dijanjikan oleh negara maju khususnya dalam menangani masalah kebuluran, pertumbuhan ekonomi dan memperbaik taraf sosial rakyat tidak mencapai matlamat. Sinonim ACP. |
thatch | atap jerami | Kesenian | Seni Bina | Atap yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan seperti batang padi dan rumput. Atap jerami banyak digunakan di negara-negara membangun kerana menggunakan tumbuh-tumbuhan tempatan dan kos yang lebih murah. Di negara-negara maju, penggunaan atap jerami lebih merupakan suatu keinginan dalam kalangan orang kaya yang ingin melihat kediamannya seperti sebuah desa atau mewujudkan rumah yang mesra ekologi. |
developed country | negara maju | Geografi | Tiada | Tiada |
developed nation | negara maju | Kependudukan | Tiada | Tiada |
developed nation | negara maju | Undang-undang | Tiada | Tiada |
net radio | radio jaringan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis siar web yang menggunakan penstriman teknologi audio untuk menyampaikan siaran radio melalui Internet. Pengguna memerlukan aplikasi penstriman audio seperti RealPlayer sebelum melawati tapak web radio jaringan. Teknologi ini amat popular di kalangan stesen radio kampus universiti di negara-negara maju kerana murah dan boleh dinikmati lebih ramai lagi pendengar. Radio jaringan ialah contoh teknologi tolak. |
dependency | kebergantungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Waller |
foreign aid | bantuan asing | Ekonomi | Tiada | Bantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima. |
labour-saving bias | bias penjimatan buruh | Ekonomi | Tiada | Proses pembangunan ekonomi yang cenderung menggunakan lebih banyak modal daripada buruh. Proses ini selalunya berpunca daripada penggunaan teknik penjimatan buruh yang diimport dari negara maju. |