Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ngo yang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
victim advocacyadvokasi mangsaKriminologiKeadilan JenayahBantuan dan sokongan profesional yang diberikan oleh seseorang individu atau secara berkumpulan kepada mangsa terrmasuklah sokongan dari segi emosi, bantuan guaman dan kewangan. Contohnya, sekumpulan ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi wanita membuat advokasi tentang keganasan rumah tangga.
totalitariantotalitarianSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan pemerintahan yang berasaskan penguasaan ketat rejim politik terhadap individu supaya tunduk kepada pemerintah. Keadaan ini berlaku dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Persaingan politik tidak terdapat di sini seperti kehadiran parti pembangkang, NGO yang bebas, gerakan pelajar atau pilihan raya yang bebas. Penguasaan dalam pemerintahan ini dilakukan secara kekerasan undang-undang yang menekan termasuklah censorship (penapisan) dan terrorisme. Keadaan politik seperti ini dikatakan juga sebagai bersifat kediktatoran, autoritarian dan despotik. Contohnya, keadaan Jerman di bawah pemerintahan Hitler semasa Perang Dunia Kedua bersifat autoritarian.
pluralismFaham majmukSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menjelaskan sebuah masyarakat yang memiliki kepelbagaian sama ada dari segi kelompok etnik, parti politik, pertubuhan pendesak atau individu. Setiap kelompok memiliki minat dan kepentingan yang berbeza serta bersaing antara satu sama lain dalam mempengaruhi dasar negara mengikut peraturan yang ditetapkan. Kepelbagaian dan kebebasan merupakan ciri utama fahaman ini iaitu hak dan tanggungjawab setiap kelompok atau individu perlu dihormati. Dalam masyarakat yang majmuk, kepelbagaian ini sering ditonjolkan dalam bentuk kaum atau ras manakala dalam masyarakat yang lebih kompleks ditonjolkan oleh parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang pelbagai. Fahaman ini menolak penguasaan kelas atasan terhadap masyarakat atau sekatan terhadap kebebasan persaingan politik. Sinonim pluralisme.
quasi NGOsepara NGOPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang biasanya disokong oleh kerajaan. Separa NGO bersifat separuh bebas dan berperanan memeriksa serta mengkritik perjalanan pentadbiran, namun dilihat bergerak selari dengan kepentingan dan dasar kerajaan. Contohnya, Persatuan Bulan Sabit Merah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Dalam pentadbiran awam, terdapat Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Puspanita dan Persatuan Isteri Menteri (BAKTI). Singkatan quango.

Non-Governmental Organisation (NGO)Badan Bukan Kerajaan (NGO)PentadbiranTiada
Organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara atau memperjuangkan sesuatu matlamat atau sebarang isu yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah masyarakat. NGO pada prinsipnya bertindak secara sukarela, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dan tidak bermotifkan keuntungan atau tujuan politik. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang bergerak untuk kepentingan alam sekitar, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang bermatlamat memelihara kepentingan pengguna dan Amnesty International yang ditubuhkan untuk memperjuangkan hak asasi dan keadilan orang ramai.
militarismfahaman ketenteraanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik.
secessionpemisahanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang mahu memisahkan satu wilayah dalam sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang baru dan merdeka. Gerakan ini wujud dalam sebuah wilayah yang memiliki satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti majoriti rakyat atau nasional negara tersebut seperti bahasa, agama, budaya dan warna kulit. Gerakan ini boleh bersifat penentangan bersenjata dan kekerasan yang sering berakhir dengan jumlah korban yang tinggi atau boleh juga secara sah melalui parti politik, NGO dan mengusulkannya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau badan antarabangsa yang diiktiraf. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Tamil Eelam di Sri Lanka.
common consentpersetujuan umumPentadbiranPentadbiran Awam

Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang.

protest movementgerakan protesSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan membantah yang dibuat oleh satu organisasi rasmi atau kelompok orang kebanyakan yang tidak rasmi kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti. Bantahan ini dibuat dalam bentuk demonstrasi, piket, penyerahan surat atau memo, tidak hadir bekerja atau berhenti secara beramai-ramai. Bantahan seperti demostrasi dan piket ditunjukkan kepada orang awam bagi menarik simpati atau sokongan. Biasanya gerakan seperti ini tidak melakukan keganasan. Contohnya, penyerahan memo oleh beberapa NGO kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai gerakan protes mereka terhadap serangan kuasa besar itu ke atas Iraq.
organisationorganisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Pertubuhan yang dibentuk berasaskan gabungan antara individu yang bekerjasama secara formal dan terikat dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Dalam sesuatu organisasi, terdapat hierarki yang tersusun mengikut tugas dan fungsi. Organisasi melibatkan dua dimensi utama yang saling bergantungan, iaitu pentadbiran sebagai struktur dan pengurusan sebagai memenuhi fungsi. Struktur organisasi bersifat autoritatif dan mempunyai hubungan personel yang biasa dalam satu sistem pentadbiran. Contohnya, organisasi NGO dan jabatan kerajaan dalam pentadbiran awam. 

123

Kembali ke atas