nicotine | nikotina | Kimia | Tiada | Alkaloid, formula C10H14N2, takat didih 247°C, berbentuk cecair likat yang tidak berwarna tetapi bertukar menjadi warna perang apabila terdedah kepada udara. Nikotina terdapat semula jadi di dalam tembakau dan larut di dalam air, alkohol, kloroform, dan eter. Sebatian ini disediakan secara pengekstrakan tembakau dengan menggunakan larutan pekat natrium hidroksida dan pelarut eter. Nikotina digunakan sebagai racun serangga dan bahan pewasap. |
tobacco poisoning | keracunan tembakau | Kimia | Forensik | Keracunan yang disebabkan oleh nikotina yang terdapat dalam tembakau. Tanda utama keracunan ialah rangsangan pernafasan dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut ekoran pencemaran kulit atau penyedutan asap tembakau, atau debu tembakau menyebabkan rangsangan pernafasan, loya dan muntah, pening, sakit kepala, ciritbirit, takikardia, tekanan darah meningkat, berpeluh, dan peliuran. Keracunan akut akibat pengingesan atau pencemaran kulit dengan insektisid pekat yang mengandungi nikotina menyebabkan pedih mulut, kerongkong dan perut, diikuti segera dengan prostrasi, konvulsi, pernafasan semakin perlahan, ketakseragaman jantung, dan koma. Kematian terjadi dalam masa 5 minit hingga 4 jam. Keracunan kronik akibat penyedutan asap tembakau meningkatkan insiden penyakit jantung koronari dan kanser oral, pundi kencing, dan saluran pernafasan. Had pendedahan nikotina ialah 0.5 �g/ L dan dos maut adalah lebih kurang 0.6 mg/kg (1 titis). |
nicotine | nikotina | Kimia | Tiada | Tiada |
nicotine | nikotina | Perubatan | Tiada | Tiada |
anabasine | anabasina | Kimia | Tiada | Isomer nikotina, yang berasal daripada Anabis aphylla, cecair yang tidak berwarna, ketumpatan 1.048 takat didih 28øC larut dalam air dan digunakan sebagai racun serangga. |
nicotine stain | stain nikotin | Perubatan | Tiada | Stain yang disebabkan oleh nikotina dalam tembakau. |
tobacco stain | stain tembakau | Perubatan | Tiada | Stain yang disebabkan oleh nikotina dalam tembakau. |
botanical pesticide | racun perosak botani | Biologi | Ekologi | Bahan kimia, seperti nikotina, striknina atau piretron, yang dihasilkan oleh tumbuhan, dan digunakan untuk mengawal perosak. |
carsinogenic agent | bahan karsinogenik | Biologi | Ekologi | Bahan yang dapat mengakibatkan kanser, seperti debu asbestos dan nikotina. |
chemoreceptor | kemoreseptor | Veterinar | Praklinikal | Tisu khas dalam badan yang bergerak balas terhadap bahan kimia. Kemoreseptor terdapat di seluruh permukaan badan; kaki dan antena sesetengah haiwan. Tisu khas ini peka kepada rangsangan rasa; bau; tekanan separa oksigen dan karbon dioksida; pH darah dan beberapa drug seperti asetilkolina dan nikotina. Kemoreseptor terlibat dalam pengawalaturan pernafasan dan interaksi kompleks yang melibatkan gerak balas kardiovesel terhadap hormon dan bahan kimia. |