tombstone | batu nisan | Pentadbiran | Tiada | Notis yang menyenaraikan penaja jamin kepada sesuatu terbitan sekuriti. |
Achenese gravestone | nisan Acheh | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke |
stele | stele | Kesenian | Tiada | Tugu pipih atau batu nisan yang diukir. |
kelarai nubul ubul(Du., Kdz.) | kelarai nubul ubul(Du., Kdz.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur benda berbentuk nisan suku kaum Kadazan. |
palaegraphy | paleografi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang tulisan kuno. Kajian biasanya dilakukan pada inskripsi, terutamanya pada batu bersurat, batu nisan, dan bahan manuskrip lama. Kajian juga melibatkan percubaan untuk membaca tulisan purba bagi menentukan tarikh, asal-usul dan ketulenannya. |
inscription | prasasti | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri. |
taboi | taboi | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan perarakan di Sumatera Barat untuk mengenang kembali Peperangan Karbala. Peperangan ini mengorbankan Hasan dan Husain, cucu Nabi Muhammad SAW. Perkataan taboi merujuk kepada tabut, iaitu batu-batu nisan kecil yang diusung semasa perarakan meraikan kesyahidan Hasan dan Husain di India. Persembahan ini diadakan sekitar sepuluh hari pertama bulan Muharam. |
cherub | cerub | Kesenian | Hiasan Dalaman | Seni hiasan yang berukiran simbolik, yang berupa budak bersayap sebagai persembahan lambang keagamaan. Seni ini terkenal di Itali pada abad ke-17. Cerub juga digunakan pada batu nisan orang Inggeris dan Amerika pada abad ke-17 dan ke-18. |
adaptation | saduran | Kesusasteraan | Puisi | Pengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi. |
epigraphy | epigrafi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Bat |